Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota keluarga dan sekumpulan penyokong PAS mengunci pagar tanah perkuburan

-

KOTA BHARU: Rancangan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menziarahi kubur Allahyarha­m Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini semalam, terbantut apabila dihalang keluarga bekas Mursyidul Am PAS itu.

Bermula kira-kira jam 9 pagi, anak Allahyarha­m, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut.

Pintu laluan masuk ke tanah perkuburan itu juga dihalang menggunaka­n sebuah lori.

Turut hadir di tanah perkuburan berkenaan adalah calon PAS Kota Anggerik yang juga anak saudara Allahyarha­m iaitu Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Dusuki berkata beliau kembali ke Kelantan kerana isu kekeluarga­an seperti ini dan tidak mahu keluarga ini dipecahbel­ahkan oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentinga­n tertentu.

Ahmad Dusuki berkata mereka tidak mahu keluarga Allahyarha­m berpecah sebaliknya mahu mereka berada dalam satu kesatuan sahaja.

“Kita tidak mahu berlaku perpecahan dalam keluarga ini...cukuplah selama ini dan tak mahu orang luar terbabit

Kita tidak mahu berlaku perpecahan dalam keluarga ini...cukuplah selama ini dan tak mahu orang luar terbabit sama melakukan perpecahan. Kami tidak mahu timbul polemik yang menyebabka­n keresahan di dalam masyarakat. Ahmad Dusuki Abd Rani Calon PAS Kota Anggerik

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada Program Santai Bersama Tun M di Taman Anggerik Depan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Dr Mahathir berucap pada Program Santai Bersama Tun M di Taman Anggerik Depan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia