Utusan Borneo (Sarawak)

Siap sedia hadapi serangan saat akhir pembangkan­g: TPM

-

BAGAN DATUK: Berbaki kurang 48 jam untuk berkempen, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaranka­n agar jentera Barisan Nasional (BN) bersiap sedia berdepan ‘ serangan’ mengejut saat akhir daripada pembangkan­g selain memanfaatk­an tempoh itu untuk meraih sokongan di peringkat akar umbi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terhidu sesuatu yang disembunyi­kan pembangkan­g apabila tempoh kempen memasuki hari kesembilan semalam.

“Apa sahaja boleh berlaku di kedua- dua pihak, baik pembangkan­g atau BN dalam tempoh 48 jam berbaki.

“Jangan menoleh ke belakang atau memandang kiri dan kanan, bagi sampai ke garisan penamat. Kalau kita bekerja bersungguh- sungguh dan bijaksana untuk memenangi minda dan hati rakyat, mereka akan terus bersama BN.

“Semua petugas perlu menemui pengundi... Selain tumpu kepada pengundi tegar (BN) kita perlu dapat pengundi atas pagar dan ia adalah satu bonus kepada BN,” katanya pada satu sidang media selepas menghadiri program bersama masyarakat India, anjuran MyPPP di sini semalam.

Ahmad Zahid juga menyaranka­n semua jentera BN baik Jalinan Rakyat (JR) Plus, Pemuda, Puteri, media sosial dan jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu meningkatk­an usaha kerana ini adalah pusingan terakhir sebelum sampai ke garisan penamat iaitu 12 tengah malam pada 8 Mei ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata antara pendekatan BN adalah untuk berkempen dalam kumpulan kecil, secara bersemuka dan juga melalui media konvension­al dan online.

Katanya pembangkan­g gemar melancarka­n serangan saat-saat akhir dengan pelbagai fitnah dan pembohonga­n.

“Tunggu tindakan yang akan diambil Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia dan Polis Diraja Malaysia... Ini bukan satu amaran tetapi tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yakin pengundi atas pagar adalah bersama BN dalam PRU14.

“Kita tidak pandai kutuk orang. Kita tidak pandai melakukan serangan peribadi... Biarlah kita menang dengan bergaya dan baik,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia