Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola percaya Southgate akan mengambil risiko jika tidak menyenarai­kan Delph

-

kekal meningkat apabila Xherdan Shaqiri membuka jaringan menerusi satu tendangan p e r - cuma cantik pada minit ke-43. Tetapi James McArthur mengikat kedudukan pada minit ke- 68 sebelum gol Patrick Van Aanholt ketika berbaki empat minit perlawanan memastikan Stoke tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Stoke, yang dibimbing Paul Lambert, berada tiga mata dari zon selamat dengan baki satu perlawanan sahaja lagi. Stoke menghabisk­an 10 musim dalam Liga Perdana tetapi mengharung­i 13 perlawanan tanpa kemenangan, salah satu sebab penyingkir­an mereka musim ini. S w a n s e a t e r - lepas peluang meningkatk­an peluang mengelak penyingkir­an apabila tewas 0-1 kepada Bournemout­h menerusi gol Ryan Fraser sementara West Ham United menang 2- 0 di Leicester City dan Watford menewaskan Newcastle 2-1. — AFP MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate akan mengambil risiko jika tidak menyenarai­kan Fabian Delph dalam skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2018 Rusia selepas pemain itu mempamerka­n prestasi memberangs­angkan bersama Manchester City musim ini.

Delph, 28, kembali dari tiga kecederaan musim ini untuk menjadi pemain pilihan utama Guardiola di posisi pertahanan kiri ekoran kecederaan Benjamin Mendy pada bulan September.

Prestasi dan keupayaan beliau bermain di beberapa posisi lain, menyaksika­n bekas pemain tengah Aston Villa itu muncul sebagai calon pilihan untuk beraksi dalam skuad Southgate.

Southgate mengunjung­i Guardiola dan beberapa pemain England di City di pusat latihan kelab Jumaat lepas.

Delph bermain buat kali kesembilan, kali terakhir bersama England pada November 2015 tetapi Guardiola percaya pemain itu seharusnya berada dalam skuad England ke Rusia.

“Mungkin ia adalah satu risiko jika beliau tidak membawa pemain ini (Delph) ke Piala Dunia,” kata Guardiola apabila ditanya jika Southgate akan mengambil pertaruhan jika menyenarai­kan Delph dalam skuadnya.

“Hari ini (Jumaat) Gareth Southgate berada di sini, kami bercakap tentang pemain tempatan (England), beliau gembira dengan semua pemain beliau: John Stones, Kyle ( Walker), kesemua mereka, begitu juga Delph.

“Saya mahu melihat Fabian Delph di Piala Dunia tetapi sudah tentu semuanya keputusan Gareth. Saya fikir beliau selayaknya disenaraik­an.

“Beliau adalah seorang pemain yang boleh bermain di beberapa posisi, beliau membantu kami bermain dengan lebih baik dan melakukan umpanan- umpanan cantik.”

Persoalan bagaimanap­un timbul tentang daya tahan Delph, dengan pemain itu dijangka membuat penampilan dalam kesebelasa­n utama yang ke-30 dalam tiga musim di City apabila bermain lewat menentang Huddersfie­ld.

Ia bukan satu isu buat Guardiola dan beliau berasa yakin pemain itu akan terus meningkat.

“Beliau seorang yang baik dan hebat,” kata Guardiola. — AFP

 ?? — Gambar Reuters — Gambar Reuters ?? Livermore (tengah) menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika membantu West Brom menewaskan Spurs di The Hawthorns, West Bromwich Sabtu lepas. HAMPA: Reaksi Shaqiri selepas tamat perlawanan di Stadium Bet365, Stoke-on-Trent Sabtu lepas.
— Gambar Reuters — Gambar Reuters Livermore (tengah) menjaringk­an gol tunggal perlawanan ketika membantu West Brom menewaskan Spurs di The Hawthorns, West Bromwich Sabtu lepas. HAMPA: Reaksi Shaqiri selepas tamat perlawanan di Stadium Bet365, Stoke-on-Trent Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia