Utusan Borneo (Sarawak)

Stoke disahkan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Palace Sabtu lepas

-

LONDON, England: Jake Livermore menghidupk­an peluang tipis West Bromwich Albion untuk mengelak penyingkir­an dengan gol minit akhir untuk menewaskan Tottenham Hotspur 1- 0 sementara Stoke disahkan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace Sabtu lepas.

Albion tahu hanya tiga mata di The Hawthorns adalah mencukupi untuk mengelak pengesahan penyingkir­an untuk sekurangku­rangnya beberapa jam lagi.

Dengan skuad kendalian Darren Moore hanya beberapa minit dari penyingkir­an ke Liga Kejuaraan musim hadapan, Livermore membangkit­kan kegembiraa­n penyokong apabila menjaringk­an gol dua minit dalam masa kecederaan.

Apa yang menarik, Albion hampir pasti disingkirk­an beberapa jam kemudian apabila Southampto­n membuka jaringan menerusi gol Nathan Redmond pada perlawanan di Everton.

Tetapi ketika berbaki beberapa saat, Everton mengikat kedudukan menerusi gol Tom Davies dan memastikan West Brom masih bertahan dalam Liga Perdana buat masa ini.

West Brom, dimiliki usahawan dari China, kini dua mata dari zon selamat dengan baki satu perlawanan.

Perlawanan terakhir Albion ialah menentang Crystal Palace minggu hadapan tetapi mereka akan disahkan tersingkir dari liga jika Swansea City atau Southampto­n menang pada perlawanan di Stadium Liberty Selasa ini.

Keputusan seri di antara kedua- dua pasukan akan memastikan saingan mengelak penyingkir­an hanya dike- tahui hujung minggu ini.

“Kami sudah berusaha selama empat atau hampir lima minggu. Kami mahu mengembali­kan maruah kami,” kata Moore.

“Menerusi kerjakeras dan k o m i t - m e n , keputusan akan muncul.”

S e j a k menggantik­an Alan Pardew pada awal bulan April, Moore sudah memulakan kebangkita­n memberangs­angkan dalam prestasi Albion.

Kemenangan ke atas Manchester United, Newcastle United dan Tot- tenham selain seri dengan Liverpool, menghidupk­an peluang mereka untuk satu keajaiban, S o u t h a m p t o n , yang kehilangan pemain pertahanan, M a y a Yoshida p a d a m i n i t k e - 8 6 k e r a n a kad merah, berasa kecewa dengan gol penyamaan lewat Davies. Skuad kendalian Mark Hughes itu bagaimanap­un berada di atas zon penyingkir­an dengan kelebihan gol berbanding Swansea menjelang perlawanan penting Selasa ini.

“Kami mempunyai perlawanan sangat besar Selasa ini dan ia mungkin akan menentukan siapa yang akan kekal dan tersingkir,” kata Hughes.

“Kami akan bersedia dan Swansea tahu kami sudah bersedia.”

Huddersfie­ld, dua mata di atas zon penyingkir­an, juga masih belum selamat kerana mereka akan bermain lewat menentang juara liga musim ini, Manchester City.

Kekalahan buat Spurs menyebabka­n mereka kekal lima mata di hadapan Chelsea, yang boleh merapatkan kedudukan kepada dua mata jika menewaskan Liverpool pada perlawanan lewat dalam saingan memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Di Stadium Bet365, harapan Stoke City untuk terus

 ??  ?? GOL KEMENANGAN:
GOL KEMENANGAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia