Utusan Borneo (Sarawak)

Juve menghampir­i kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut

-

MILAN, Itali: Douglas Costa memulakan kebangkita­n ketika Juventus menghampir­i kejuaraan Serie A Itali buat kali ketujuh berturut-turut apabila menewaskan Bologna 3-1.

Juventus memulakan per- lawanan di Turin dengan kelebihan empat mata berbanding Napoli dan dengan baki tiga perlawanan musim ini tetapi mereka ketinggala­n menerusi gol penalti Simone Verdi.

Bagaimanap­un, gol sendiri pertahanan Bologna, Sebastien De Maio pada minit ke-52 membolehka­n Juventus mengikat kedudukan sebelum Costa mengumpan bola kepada Sami Khedira dan kemudian Paolo Dybala untuk dua gol kemenangan pantas.

Penguasaan enam tahun Juventus dalam Serie A Itali kelihatan berakhir dua minggu lepas apabila Napoli menang 1-0 tetapi minggu lepas di Milan, Juventus mengembali­kan peluang mereka apabila bangkit dari ketinggala­n 0-2 untuk menewaskan Inter Milan 3-2 untuk kembali selesa dalam saingan kejuaraan liga.

Selepas Juventus mengancam awal menerusi cubaan Gonzalo Higuain dan Alex Sandro, Bologna mencipta kejutan dengan membuka jaringan apabila tolakan lemah penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon dirampas Lorenzo Crisetig tetapi Daniele Rugani cuba mengawal dengan kekasaran dalam kotak penalti, menyebabka­n pengadil memberikan tendangan penalti.

Verdi tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Buffon dan membuka jaringan pada minit ke-30.

Kemasukan Costa untuk menggantik­an Blaise Matuidi pada masa rehat mengubah rentak permainan Juventus dan gol sendiri De Maiao pada awal separuh masa kedua mengikat kedudukan.

Bologna hampir kembali di hadapan tidak lama selepas itu tetapi Buffon beraksi tangkas menepis cubaan Emil Krafth.

Ia menjadi penyedar buat Juventus, yang membuka jaringan pada minit ke-63 apabila umpanan tepat Costa disempurna­kan Khedira.

Satu lagi umpanan Costa menghasilk­an gol dan kali ini disempurna­kan Dybala untuk gol ke-22 beliau musim ini.

Juventus boleh mengesahka­n kejuaraan jika Napoli tewas kepada Torino pada perlawanan lewat atau hanya perlu menang satu dari baki dua perlawanan – di AS Roma dan menanti kunjungan Verona.

Pada perlawanan lain, AC Milan menewaskan Verona 4-1, sekali gus mengesahka­n penyingkir­an Verona ke Serie B Itali selepas hanya satu musim.

Gol dari Hakan Calhanoglu dan Patrick Cutrone membolehka­n Milan mengawal permainan sebelum Ignazio Abate menjaringk­an gol ketiga selepas rehat.

Lee Seung- woo merapatkan kedudukan untuk Verona tetapi Fabio Borini melengkapk­an gol Milan pada minit akhir.

Kemenangan membolehka­n Milan naik ke tangga keenam, dua mata di hadapan Atalanta yang bermain lewat di Lazio.

Kekalahan kelima berturut-turut Verona bermakna mereka kini tujuh mata dari zon selamat dengan baki dua perlawanan dan akan beraksi dalam Serie B musim hadapan bersama-sama Benevento. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAI BERSAMA: Para pemain Juve meraikan kemenangan mereka bersama penyokong selepas tamat perlawanan di Stadium Allianz, Turin Sabtu lepas.
— Gambar Reuters RAI BERSAMA: Para pemain Juve meraikan kemenangan mereka bersama penyokong selepas tamat perlawanan di Stadium Allianz, Turin Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia