Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Harimau Selatan itu melebarkan jurang mata selepas menewaskan Negeri Sembilan 4-0

-

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan jurang mata dalam carta kedudukan liga selepas membenam pasukan tercorot, Negeri Sembilan 4-0 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.

Perbezaan jurang mata itu turut dipengaruh­i dengan keputusan perlawanan antara Pahang dan Kedah yang berkesudah­an seri 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

JDT kini berada di puncak liga dengan mengumpul 24 mata selepas sembilan perlawanan, manakala Pahang di tempat kedua dengan ketinggala­n enam mata, diikuti Perak yang mengutip 16 mata dengan kelebihan satu perlawanan manakala PKNS FC di tangga keempat dengan 14 mata.

Penyerang prolifik muda negara, Muhammad Safawi Rasid muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringk­an dua gol pada minit ke62 menerusi penalti dan minit ke- 73, manakala pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera dan La Vere Lawrence Corbin Ong, masing-masing menjaringk­an gol pada minit kelima (penalti) dan ke-37.

Skuad Tok Gajah pula gagal menggunaka­n kelebihan beraksi di laman sendiri apabila pemain import dari Brazil, Sandro da Silva berjaya membantu Kedah menyamakan kedudukan sebanyak dua kali untuk berkongsi satu mata.

Pasukan kendalian Dollah Salleh meraih jaringan menerusi pemain import dari Kemboja, Vathanaka Chan pada minit ke-10 dan pemain import dari Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin (minit ke- 39), sebelum skuad Lang Merah menyamakan kedudukan menerusi jaringan Sandro pada minit ke-18 dan ke-49.

Sementara itu, PKNS FC melonjak ke tempat keempat selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Melaka United di Stadium Shah Alam, menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Rafael Ramazotti pada minit ke68 dan bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali pada minit ke-78.

Kelantan pula akhirnya berjaya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4- 2 di Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Empat gol skuad ‘The Red Warriors’ dijaringka­n Nik Azli Nik Alias pada minit kesembilan, Shafiq Shaharudin (minie ke-15 dan 68) serta Nik Akif Syahiran Nik Mat (minit ke-88), manakala Kuala Lumpur berjaya mengurangk­an defisit menerusi Indra Putra Mahayuddin (minit ke-79) dan Zhafri Yahya (minit ke-90).

Kali terakhir Kelantan, yang berdepan dengan masalah prestasi sejak awal musim, mencatat kemenangan adalah pada 24 Feb lepas, apabila menewaskan Perak 3-2 di Kota Bharu.

Dalam aksi tunggal Liga Premier pada malam ini, menyaksika­n pasukan Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan, menerusi dua jaringan penyerang import dari Liberia, Kpah Sean Sherman pada minit ke-63 dan ke-72. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNGGUL: Pemain JDT meraikan gol kedua pasukan ketika menentang pasukan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.
— Gambar Bernama UNGGUL: Pemain JDT meraikan gol kedua pasukan ketika menentang pasukan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia