Utusan Borneo (Sarawak)

SK Jln Bintang dipuji atas penganjura­n Karnival Pendidikan Khas

-

PENGANJURA­N Karnival Pendidikan Khas yang dihos oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang, baru-baru ini adalah sesuatu yang wajar dipuji dalam usaha menghimpun­kan pelajarpel­ajar pendidikan khas, sekali gus memahami keperluan dan kehendak mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, kerajaan amat menyokong usaha seumpama itu dan memuji langkah SK Jalan Bintang yang bersedia menjadi tuan rumah acara yang julung kali diadakan itu.

“Program seumpama ini adalah program integrasi yang menghimpun­kan murid-murid berkeperlu­an khas dari pelbagai kaum dan agama untuk melibatkan mereka dalam aktiviti luar serta mengeratka­n hubunga n baik serta perpaduan dalam kalangan mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Karnival Pendidikan Khas SK Jalan Bintang 2018 di Miri, barubaru ini.

Karnival itu dianjurkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri.

Sebastian turut bersetuju dan menyokong cadangan Guru Besar SK Jalan Bintang Ahmad Othman dan pihak jawatankua­sa yang berhasrat mahu membawa pelajar-pelajar berkeperlu­an khas ini ke Kuala Lumpur untuk memberi pendedahan kepada mereka menerusi lawatan sambil belajar.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai akan menyumbang untuk menambah dana bagi mengisi tabung pendidikan dan keperluan kumpulan pelajar terbabit.

Dalam pada itu Ahmad memberitah­u, sehingga kini terdapat 54 murid pendidikan khas di SK Jalan Bintang daripada lapan kelas termasuk sebuah kelas pendidikan khas prasekolah.

Antara aktiviti yang diselitkan sepanjang karnival tersebut ialah pameran dan jualan kraf tangan autisme, aktiviti keusahawan­an, pertanding­an nyanyian, pertanding­an membaca, kuiz autisme dan lain-lain.

Turut diadakan ialah aktiviti zumba yang turut mendapat kerjasama Nor Rai Fitness Studio, Evolution Fitness Miri dan Rick Dance Studio dengan bayaran dikenakan terpulang kepada keikhlasan penyumbang dan ibu bapa.

Jumlah kutipan bayaran yang diperolehi itu akan disalurkan kepada PPKI SK Jalan Bintang.

Lebih 100 pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam karnival kali ini yang melibatkan sekolah menengah dan rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas selain SK Jalan Bintang, antaranya, SK Anchi, SK South Miri, SMK Dato Permaisuri dan lain-lain.

Turut hadir pada majlis tersebut semalam ialah Datuk Bandar Adam Yii, serta guru-guru dan ibu bapa pelajar.

 ??  ?? BERJAYA: Sebastian menurunkan tandatanga­n beliau pada kad perasmian sebagai simbolik pelancaran Karnival Pendidikan Khas 2018, SK Jalan Bintang, Miri, baru-baru ini sambil disaksikan Ahmad (dua kiri) dan yang lain.
BERJAYA: Sebastian menurunkan tandatanga­n beliau pada kad perasmian sebagai simbolik pelancaran Karnival Pendidikan Khas 2018, SK Jalan Bintang, Miri, baru-baru ini sambil disaksikan Ahmad (dua kiri) dan yang lain.
 ??  ?? ANAK SARAWAK: Azmi (tengah) dan warga kerja YSKL bersama pelajar Pusat PERMATApin­tar Negara bergambar bersama.
ANAK SARAWAK: Azmi (tengah) dan warga kerja YSKL bersama pelajar Pusat PERMATApin­tar Negara bergambar bersama.
 ??  ?? MESRA: Sebastian (tengah, berbaju kuning) melambai bersama murid-murid yang mengambil bahagian sempena perasmian Karnival Pendidikan Khas 2018, SK Jalan Bintang di Miri, baru-baru ini.
MESRA: Sebastian (tengah, berbaju kuning) melambai bersama murid-murid yang mengambil bahagian sempena perasmian Karnival Pendidikan Khas 2018, SK Jalan Bintang di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia