Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Afghan rampas semula daerah utara

-

KABUL: Pasukan tentera Afghan dibantu oleh serangan udara telah merampas semula sebuah daerah di wilayah utara Badakhshan yang telah ditawan pada minggu lepas oleh pengganas Taliban, menurut pihak berkuasa, ketika pertempura­n berterusan di sekitar Afghanista­n.

Jurucakap polis wilayah Sanaullah Rohani menyatakan daerah Kohistan, yang jatuh ke tangan pengganas pada Khamis lepas, telah dirampas semula oleh pihak tentera dan pasukan polis dengan bantuan udara kelmarin. Para pejuang Taliban turut dihalau di daerah Teshkan, di mana mereka telah menawan beberapa pos pemeriksaa­n.

“Pihak Taliban telah mengalami kemalangan jiwa yang teruk, namun terdapat tiada maklumat terkini mengenai jumlah sebenar kerana kawasan itu terpencil dan sistem telekomuni­kasinya yang lemah,” jelas beliau.

Dengan serangan musim bunga tahunan oleh pihak Taliban sedang dilakukan, terdapat keganasan di beberapa bahagian di negara ini.

Padalewatk­elmarin, seorang gabenor daerah di wilayah Paktia, di sempadan dengan Pakistan, adalah di antara lima orang yang tercedera dalam satu letupan bom kereta, menurut Abdullah Hasrat, jurucakap kepada gabenor wilayah Paktia.

Kelmarin juga, seorang pengebom nekad telah meletupkan sebuah kenderaan yang membawa bahan letupan dalam satu serangan ke atas sebuah rumah dimiliki oleh ketua polis Kandahar Abdul Razeq di Spin Boldak yang bersempada­n dengan Pakistan.

Razeq, yang mempunyai satu reputasi menakutkan menentang Taliban dan telah mengalami beberapa cubaan membunuh, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan, yang beliau telah sahkan sebagai berlaku. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia