Utusan Borneo (Sarawak)

Cuba tuan rumah rundingan damai Colombia-ELN

-

BOGOTA: Cuba akan menganjurk­an rundingan damai di antara kerajaan C o l o m b i a d e n g a n pemberonta­k haluan kiri ELN untuk menamatkan konflik selama lima dekad selepas Ecuador menarik diri daripada menjadi hos, kata perunding kelmarin.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos, sedang berusaha untuk memeterai perjanjian damai dengan kumpulan pemberonta­k aktif terakhir di negara itu yang mempunyai 1,500 anggota, sama dengan perjanjian yang ditandatan­gani dengan kumpulan gerila lebih besar Tentera Revolusi Colombia ( FARC) pada November 2016. Sejak itu FARC sudah menjadi sebuah parti politik.

Lima buah negara lain - Brazil, Chile, Cuba, Norway dan Venezuela – telah menjamin dialog itu.

“Selepas sama- sama meneliti pilihan untuk memperbaha­rui dialog secepat mungkin”, kerajaan Colombia dan perunding ELN akan menyambung rundingan “di Havana bermula minggu depan”, satu kenyataan bersama menyebut.

“Kami berharap untuk melangkah ke hadapan dengan cepat,” tambah Santos.

Pada 18 April, Ecuador berkata ia menggantun­g peranannya sebagai penjamin rundingan damai di antara Colombia dengan geril Tentera Pembebasan Negara, yang dihoskan di Quito sejak awal 2017.

Presiden Ecuador Lenin Moreno memberitah­u televisyen RCN di Colombia bahawa beliau mahu menamatkan peranan Ecuador selepas keganasan meletus di sepanjang sempadan mereka.

M o r e n o m e m b u a t kenyataan itu ketika tentera Ecuador dan Colombia mendesak pemburuan di kawasan sempadan masing- masing untuk sekumpulan kecil bekas pemberonta­k FARC yang menjadi penjenayah yang bertanggun­gjawab bagi penculikan dan pembunuhan tiga anggota pasukan wartawan dari Ecuador.

Bagaimanap­un, rundingan damai dengan ELN diadakan berlatarbe­lakangkan konteks politik yang lebih tegang di Colombia, selepas golongan konservati­f berpendiri­an tegas yang menentang perdamaian dengan puak pemberonta­k itu semakin mencapai kemajuan dalam pilihan raya parlimen baru-baru ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia