Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya umum pertama Lubnan dalam sembilan tahun

-

BEIRUT: Rakyat Lubnan mula mengundi semalam dalam pilihan raya umum pertama mereka sejak sembilan tahun lalu, pilihan raya yang dilihat sebagai tidak mungkin akan mengubah kontur kuasa asas di negara itu tetapi penting untuk kestabilan ekonomi.

Jalan-jalan di Beirut sepi awal semalam tetapi orang ramai berhimpun dalam kumpulan kecil di sekitar sekolah yang digunakan sebagai pusat undian manakala dinding ditampal dengan bendera parti dan gambar calon utama.

Abu Sami, 40, seorang penjawat awam, berkata dia sudah bosan dengan ahli-ahli politik yang sedia ada.

“Hari ini saya akan memilih wajah baharu,” katanya.

Lubnanpada­umumnyatel­ah berjaya mengharung­i kemelut serantau yang dicetuskan oleh peperangan selama tujuh tahun di negara jiran Syria yang mengheret kuasa serantau dan mencetuska­n gelombang pelarian, tetapi ia sudah mengalami beberapa krisis dalaman sejak pilihan raya terakhir.

S i a r a n t e l e v i s y e n menunjukka­n pengundi berbaris di balai undian di seluruh negara kecil Mediterran­ean itu untuk mengundi di bawah peraturan pilihan raya baharu yang masih memelihara sistem perkongsia­n kuasa antara agama di negara itu.

Mengundi berlangsun­g dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam, dan keputusan tidak rasmi dijangka mula tiba pada sebelah malam manakala jumlah rasmi akan diumumkan dalam masa beberapa hari akan datang.

Penganalis­is sedang memantau dengan dekat prestasi parti Pergerakan Masa Depan pimpinan Perdana Menteri Muslim Sunnah, Saad al-Hariri, dan parti Syiah yang disokong oleh Iran, Hizbullah, dan sekutunya.

Negara itu dari masa ke semasa telah menjadi arena bagi persaingan serantau yang hangat di antara Iran dan Arab Saudi. Bagaimanap­un dalam pilihan raya ini, Riyadh menarik balik sokonganny­a selama ini kepada Hariri, sokongan yang membantu Masa Depan pada 2009.

Membentuk kerajaan baharu dengan cepat akan meyakinkan pelabur tentang kestabilan ekonomi Lubnan selepas penderma menjanjika­n pinjaman sebanyak AS$ 11 bilion (RM41.8 bilion) untuk satu program pelaburan modal pada bulan lepas, sebagai balasan bagi reformasi fiskal dan lain- lain. Mesyuarat susulan pertama dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi.

Lubnan mempunyai nisbah hutang-berbanding-KDNK antara yang tertinggi di dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa telah memberi amaran bahawa trajektori fiskalnya tidak mapan.

Selepas pilihan raya terakhir pada 2009, tercetusny­a perang saudara di Syria, ketibaan lebih sejuta pelarian dan siri serangan militan telah memburukka­n lagi perbalahan politik dalaman.

Blok-blok yang bermusuhan dalam parlimen tidak dapat mencapaipe­rsetujuanm­engenai presiden baharu antara 2014-16 dan memutuskan sebanyak tiga kali untuk menangguhk­an pilihan raya, sebahagian­nya disebabkan oleh perbalahan mengenai peralihan daripada pemenang mendapat semua kepada sistem undian seimbang.

Pengundi didaftarka­n bukan di tempat mereka tinggal, tetapi di daerah asal nenek moyang mereka, yang bermakna sejumlah besar pengundi terpaksa melakukan perjalanan dari ibu negara Beirut ke kampung masingmasi­ng di seluruh negara.

Sistem baharu yang rumit mengeliruk­an sebahagian pengundi dan menjadikan pilihan raya tidak dapat diramalkan di kerusi yang dahulu selamat. Namun ia tidak berbuat apa-apa untuk melemahkan golongan politik elit yang sudah lama wujud, kumpulan yang merangkumi dinasti tempatan dan bekas hulubalang.

Dalam pilihan raya perbandara­n dua tahun lalu, calon bebas menunjukka­n p r e s t a s i y a n g b a i k menentang parti politik lebih berpengala­man dengan mengambil kesempatan daripada kemarahan orang ramai terhadap khidmat kerajaan yang buruk, termasuk krisis di mana gunung sampah bertimbun di jalan- jalan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia