Utusan Borneo (Sarawak)

Lombong runtuh dek letupan gas di barat daya Pakistan

Sejumlah 16 pekerja maut manakala sembilan lagi cedera

-

QUETTA: Kira- kira 16 pelombong terkorban manakala sembilan lagi tercedera kelmarin setelah sebuah lombong arang batu runtuh akibat letupan gas di barat daya Pakistan, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku di Marwaarh, 45 kilometer di timur Quetta, bandar utama wilayah kaya minyak dan gas Balochista­n yang bersempada­n dengan Iran dan Afghanista­n.

“Bahagian atas gua runtuh berikutan satu letupan yang berpunca daripada pengumpula­n gas metana, mengorbank­an 16 pelombong dan mencederak­an sembilan lagi, dua daripada mereka dalam keadaan serius,” kata Jawaid Shahwani, pegawai kanan kerajaan di Quetta.

Shahwani menyatakan, 25 pekerja berada di dalam lombong ketika letupan dan kesemua pelombong yang tercedera telah diselamatk­an dan dibawa ke hospital.

“Kami sedang cuba sedaya upaya kami untuk mencari mayat tersebut namun ia akan mengambil sedikit masa kerana mayat telah tertimbus terlalu dalam”, kata beliau.

Lombong Pakistan adalah berbahaya kerana tahap keselamata­n kurang baik dan pengalihan udara yang teruk.

Sekurang- kurangnya 43 orang pekerja telah terbunuh pada Mac 2011 ketika letupan menyebabka­n satu runtuhan di sebuah lombong arang Balochista­n, yang telah berdepan dengan pengganas pemisah dan militan Islamis selama lebih dari sedekad.

Balochista­n merupakan yang paling besar di antara empat buah wilayah Pakistan namun kira-kira tujuh juta pendudukny­a telah lama mempertika­ikan mereka tidak mendapat satu bahagian yang adil dari kekayaan gas dan mineralnya yang meluas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MANGSA: Para pelombong menghantar seorang rakan yang cedera di hospital di Quetta, kelmarin.
— Gambar AFP MANGSA: Para pelombong menghantar seorang rakan yang cedera di hospital di Quetta, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia