Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas pergerakan #MeToo seru lebih tindakan

-

LOS ANGELES: Pengasas pergerakan #MeToo kelmarin berkata, sudah tiba masanya untuk mangsa pencabulan seksual menyediaka­n sumber untuk semua yang mengalami trauma sama.

Kempen antiganggu­an, serangan dan pencabulan seksual global itu telah menumpaska­n lelaki berprofil tinggi dalam banyak industri, daripada bintang Hollywood hingga kepada ahli politik dan personalit­i media terkemuka.

“‘Me too’ (saya juga) hanya dua perkataan, dua perkataan ajaib yang merangsang dunia,” kata Tarana Burke sewaktu perbincang­an meja bulat di Sidang Kemuncak ‘United State of Women’ di Los Angeles.

“Kita perlu berada dalam saat strategi sekarang juga.

“Menyusun diri perlu dilakukan. Perincian sudah berlaku.”

A k t i v i s i t u m u l a menggunaka­n ungkapan ‘me too’ ( saya juga) lebih 10 tahun lalu, dan pergerakan­nya mendapat momentum antarabang­sa, diterajui aktiviti media sosial dan dibawa oleh kemarahan mengenai pencabulan seksual yang begitu lama dilakukan oleh Harvey Weinstein kepada wanita tanpa dikenakan hukuman.

“Kerja yang perlu dibuat sekarang ialah apa yang berlaku selepas anda berkata ‘saya juga’,” kata Burke.

Burke, yang bercakap kepada AFP, mengakui beliau pada mulanya terkejut dengan jangkauan pergerakan #MeToo apabila ia semakin menonjol lewat tahun lepas.

“Sama ada ia adalah kerja berhubung serangan seksual di kampus kolej atau kesedaran tentang pencabulan kanak- kanak, kerja berhubung gangguan seksual, kita perlu mengubah perbincang­an ini kepada tindakan,” katanya.

“Saya tidak sangka kita akan melihat waktu di mana perbincang­an kebangsaan akan diadakan mengenai keganasan seksual.”

Burke menuntut agar tumpuan yang lebih diberikan kepada mangsa dan bukan kepada penyerang.

Selain menyeru kepada semua orang untuk mendidik diri secara individu dan memupuk kesedaran yang lebih tinggi, Burke juga menggesa Kongres untuk mewujudkan undang-undang yang lebih melindungi mangsa selain mendesak pengundi untuk memilih calon yang akan menjadikan masyarakat kita kurang terdedah kepada bahaya.

Sewaktu perbincang­an meja bulat, seorang lagi aktivis Leanne Guy mendakwa wanita peribumi Amerika paling terjejas disebabkan oleh keganasan seksual.

“Ini bermula dengan penjajahan dan masih terus berlaku sejak itu,” katanya dan menambah kelmarin adalah Hari Kebangsaan bagi Wanita dan Gadis Peribumi yang Hilang dan Dibunuh.

Aktivis dan selebriti termasuk Jane Fonda, Dolores Huerta dan Valerie Jarrett turut berucap di atas pentas untuk menggesa wanita mempertaha­nkan hak mereka secara aktif.

Lebih5,000, kebanyakan­nya wanita, menghadiri acara berkenaan di Auditorium Shrine, Los Angeles, untuk persidanga­n selama dua hari itu.

Ted Bunch, pengasas kumpulan ‘A Call to Men’, menegaskan kepentinga­n untuk melibatkan kaum lelaki dalam usaha anti seksisme.

“Saya sentiasa menjemput mereka duduk di sekeliling meja,” jelasnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENGASAS: Burke (kiri) dan pengasas bersama Black Voters Matter LaTosha Brown menghadiri United State of Women Summit di Los Angeles, California kelmarin.
— Gambar AFP PENGASAS: Burke (kiri) dan pengasas bersama Black Voters Matter LaTosha Brown menghadiri United State of Women Summit di Los Angeles, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia