Utusan Borneo (Sarawak)

McCain tidak mahu Trump hadiri majlis pengebumia­nnya

-

WASHINGTON: Senator John McCain, 81, yang kini menghidap kanser otak, menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mahu Presiden Donald Trump untuk menghadiri upacara pengebumia­n beliau, lapor media Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

McCain, seorang veteran perang Vietnam dan senator disegani dari Arizona yang mempunyai hubungan tegang dengan Trump, menegaskan mahu Timbalan Presiden Mike Pence untuk mewakili Rumah Putih, menurut The New York Times dan NBC News, memetik kepada pihak yang rapat dengan McCain.

McCain turut menggunaka­n sebuah buku baharu dan dokumentar­i bagi menyuaraka­n kekesalan tentang tidak memilih bekas Senator Joseph Lieberman sebagai rakan bertanding­nya pada 2008 menentang Barack Obama dan sebaliknya memihak dengan populis Sarah Palin, menurut Times.

McCain berdepan dengan kanser otak agresif selama lebih setahun dan kini berada di rizona, sedang pulih selepas pembedahan akibat jangkitan usus.

McCain dan Trump mempunyai hubungan yang sukar, terutama semasa peringkat awam pilihan raya presiden 2016, ketika Trump menyatakan McCain, seorang POW bertahunta­hun di Vietnam, bukan wira perang sejati kerana beliau telah ditangkap.

Pada musim panas lepas Trump telah menghentam McCain bagi satu undian ‘ tidak’ yang telah membantu menggagalk­an satu rang undang-undang utama bagi memansuhka­n Obamacare, pembaharua­n penjagaan kesihatan yang diluluskan dalam undang-undang di bawah pentadbira­n presiden Barack Obama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia