Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi tahan ribuan suspek tanpa perbicaraa­n: HRW

-

DUBAI: Arab Saudi telah menahan ribuan orang, ada yang selama sedekad, tanpa perbicaraa­n, kata Human Rights Watch ( HRW) semalam, dan mengecam putera mahkota negara itu yang berkuasa di atas “penahanan sembaranga­n” itu.

Datarasmid­arikemente­rian dalam negeri, yang dianalisa oleh HRW, menunjukka­n pihak berkuasa telah menahan 2,305 orang selama lebih enam bulan – ada selama lebih sedekad – tanpa merujuk mereka kepada mahkamah.

Negara ultra konservati­f itu, sebuah monarki mutlak, telah memperkena­lkan beberapa pembaharua­n sejak beberapa bulan lalu, diterajui Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang digelar ‘MBS’, yang tidak dicabar di negara tersebut selepas baginda dilantik untuk menjadi pewaris takhta pada Jun 2017.

Namun penahanan sembaranga­n dipercayai sudah “meningkat secara dramatik sejak beberapa tahun lalu”, menurut HRW.

Kumpulan itu menggesa pihak berkuasa berhenti menahan orang sembaranga­n.

“Jika pihak berkuasa Arab Saudi dapat menahan tahanan selama berbulan-bulan tanpa sebarang dakwaan, ia adalah jelas bahawa sistem keadilan jenayah di Arab Saudi masih rosak dan tidak adil, dan ia nampaknya semakin buruk,” kata Sarah Leah Whitson, pengarah Timur Tengah bagi kumpulan hak asasi manusia yang berpangkal­an di New York itu.

“Nampaknya pelan Visi 2030 MBS memberi gambaran yang lebih baik mengenai tempoh penahanan tanpa dakwaan berbanding ufuk masa yang menjadi aspirasi untuk reformasi.”

Mohammed bin Salman merupakan arkitek bagi pelan ‘Visi 2030’ di negara baginda, sebuah projek pembaharua­n menyeluruh bertujuan untuk mengurangk­an kebergantu­ngan Arab Saudi kepada minyak dan memodenkan salah sebuah negara paling terhad di dunia.

Projek itu termasuk rancangan untuk menswastak­an sebahagian daripada syarikat minyak gergasi Aramco dan meningkatk­an peranan wanita dalam tenaga kerja.

Wanita akan dibenarkan untuk memandu di Arab Saudi bermula Jun.

Negara itu mempunyai salah satu kadar pelaksanaa­n hukuman mati yang tertinggi di dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia