Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka lengang minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka lengang dan didagangka­n dalam jajaran kecil minggu ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke- 14 pada 9 Mei, kata peniaga.

Peniaga berkata, permintaan untuk getah asli (NR) merosot ketika negara pengimport seperti China, iaitu pengimport getah terbesar, telah menambah stoknya lebih awal menjelang musim gugur.

“Pada musim luruh, yang dijangka berterusan hingga pertengaha­n Mei, pengeluara­n NR tidak berada pada tahap yang terbaik.

“Dalam perkembang­an lain, bekalan dari pengeluar terbesar, Thailand dan Vietnam juga telah meningkat, menyebabka­n gangguan kepada pasaran,” kata peniaga kepada Bernama.

Perjanjian antara Thailand, Indonesia dan Malaysia pada akhir Disember untuk mengurangk­an eksport sebanyak 350,000 tan metrik juga telah tamat pada 31 Mac, dengan itu mengakibat­kan lebihan komoditi tersebut di pasaran.

Bagaimanap­un, peniaga berkata, pergerakan kecil harga NR boleh menjadi ber- ita positif kerana ini bermakna mengurangk­an risiko untuk pembeli dan pekebun kecil.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan pada Jumaat melaporkan bahawa eksport NR pada Mac menurun 37.8 peratus atau RM211.9 juta tahun ke tahun kepada RM349.1 juta disebabkan oleh penurunan nilai purata unit (-35.8 peratus) dan jumlah eksport (-3.1 peratus).

Manakala bagi bulan ke bulan, eksport NR naik RM46.1 juta atau 15.2 peratus daripada RM303.0 juta disebabkan oleh kenaikan volum eksport (+16.2 peratus) kerana purata nilai unit jatuh 0.8 peratus.

Peniaga berkata, harga getah juga akan bergerak seiring dengan komoditi lain serta pasaran niaga hadapan serantau seperti Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Pasaran Hadapan Shanghai.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran didagang kebanyakan­nya lebih tinggi dengan menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, ringgit berbanding dolar AS serta pergerakan harga minyak mentah.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 jatuh 10 sen kepada 536 sen sekilogram berbanding 546 sen sekilogram minggu sebelumnya, tetapi lateks pukal meningkat 9.5 sen kepada 456 sen sekilogram daripada 446.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi jam 5 petang untuk SMR 20 susut 1.5 sen kepada 538 sekilogram berbanding 539.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 13 sen kepada 455 sen sekilogram daripada 442 sen sekilogram.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena Hari Buruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia