Utusan Borneo (Sarawak)

MSM diniaga antara RM2,310 dan RM2,350 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniaga lebih rendah antara RM2,310 dan RM2,350 satu tan metrik minggu ini berikutan Pilihan Raya Umum Ke14 pada 9 Mei, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Kumpulan Interband, Jim Teh berkata, kebanyakan peniaga akan mengambil sikap ‘ tunggu dan lihat’ dalam minggu dagangan yang singkat, untuk menentukan langkah seterusnya selepas pilihan raya.

“Tidak akan ada banyak aktiviti yang berlaku kerana peniaga dan pelabur akan berada di luar pejabat untuk mengundi dan melihat proses pilihan raya,” katanya kepada Bernama.

Di samping itu, Teh ber- kata, peserta pasaran sangat mengharapk­an penerbitan data pengeluara­n, stok dan eksport oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 10 Mei.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan pada hari Jumaat melaporkan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit menyumbang 4.8 peratus atau RM4.09 bilion daripada jumlah ek- sport pada Mac, mencatatka­n penurunan sebanyak 7.5 peratus.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mei 2018 jatuh RM59 kepada RM2,319 satu tan metrik, Jun 2018 turun RM43 kepada RM2,340 satu tan, Julai 2018 susut RM42 kepada RM2,340 satu tan dan Ogos 2018 merosot RM39 kepada RM2,342 satu tan metrik.

Perolehan mingguan naik kepada 150,945 lot berbanding 131,015 lot minggu lepas dan kepentinga­n terbuka melebar kepada 268,596 kontrak daripada 256,738 kontrak.

Di pasaran fizikal, Mei Selatan menyusut RM50 kepada RM2,350 satu tan metrik.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena Hari Buruh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia