Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka susut berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus menyusut dan mencatat paras RM3.95 minggu ini berikutan tekanan sentimen bulis di Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, hasil bon AS yang melepasi tiga peratus telah mendorong dolar berada dalam momentum menaik.

“Malaysia, antara pasaran baharu muncul turut menerima kesan daripada hasil bon AS, tetapi berbanding dolar Singapura dan rupiah Indonesia, ringgit berada dalam kedudukan yang lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Strategi Matawang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, minggu ini akan dilihat sebagai penting bagi Malaysia dengan pelbagai peristiwa pasaran untuk pelabur memantau.

“Pilihan raya umum, jualan runcit dan keputusan kadar faedah terkini hanya sebahagian daripada siaran berbeza yang akan keluar dari Malaysia minggu depan (minggu ini),” katanya.

Selain itu, pada Mesyuarat Dasar Monetari yang dijadual pada 10 Mei, kebanyakan akan menjangka Bank Negara akan membiarkan kadar faedah tidak berubah pada 3.25 peratus bulan ini.

“Bagaimanap­un, kenyataan yang disertakan berikutan keputusan itu akan terus dipantau, jika ada petunjuk ke mana kadar faedah akan tuju pada masa depan,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat , mata wang tempatan itu merosot berbanding dolar AS kepada 3.9390/9420 daripada RM3.9170/ 9205 minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanap­un didagangka­n lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9523/9548 daripada 2.953 /9562, menokok berbanding pound Britain kepada 5.3389/ 3446 daripada 5.4031/4103 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7103/ 7154 daripada 4.7317/7375 Jumaat sebelumnya.

Bagaimanap­un ia jatuh berbanding yen kepada 3.6095/ 6132 daripada 3.5834/5869. — Bernama KUALA LUMPUR: Pasaran TimahKuala­Lumpur(PTKL) dijangka didagangka­n antara AS$21,100 dan AS$21,280 dan terarah kepada peningkata­n minggu ini.

Seorang peniaga berkata, pasaran timah tempatan tidak berubah minggu lepas dengan harga timah pada masa ini berada pada tahap rendah.

“Justeru, kami berasa pe- niaga akan mengambil kesempatan daripada harga yang rendah itu dan membuat belian minggu depan (minggu ini),” katanya.

Untuk minggu yang baharu berakhir, pasaran ditutup kebanyakan tidak berubah berikutan kurangnya pemangkin pergerakan pasaran.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL susut AS$100 kepada AS$21,150 setan daripada AS$21,250 setan minggu sebelumnya.

Di Bursa Logam London (LME), harga timah susut AS$215 untuk ditutup pada AS$ 21,210 setan daripada AS$21,425 setan sebelumnya.

Jumlah dagangan untuk minggu yang pendek berikutan cuti am susut kepada 125 tan berbanding 169 tan yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti Hari Buruh.

Sementara itu, perbezaan harga antara PTKL dan LME adalah pada diskaun AS$ 60 setan berbanding premium sebanyak AS$175 setan minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia