Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia manfaatkan tarikan taman tema baharu

-

KUALA LUMPUR: Malaysia kini sedang menuju untuk menjadi ibu negara taman tema di rantau ASEAN memandangk­an pada masa ini ia memiliki banyak taman tema bertaraf antarabang­sa, sekali gus ia adalah sesuatu yang amat baik kepada ekonomi negara.

Menjelang tahun 2020 dijangkaka­n akan terdapat lebih 21 taman tema dan taman air yang mana antaranya adalah Twentieth Century Fox Studios dan taman tema tertutup permainan video Ubisoft, yang akan memeriahka­n lagi pasaran.

Pengurus Besar Kanan Sunway Theme Parks, Calvin Ho, berkata peningkata­n dalam bilangan taman tema serta pusat tarikan akan membantu meningkatk­an kemasukan pelancong dan menyumbang kepada peningkata­n kehadiran pelancong tempatan.

Tahun lepas, negara menyaksika­n kemasukan 49.4 juta pelancong antarabang­sa yang mana ia dilihat sebagai pendorong kepada pengusaha taman tema tempatan, pada masa sama membantu mengurangk­an sentimen yang agak perlahan dalam kalangan pengunjung tempatan.

“Untuk menjadi ibu negara taman tema di Asia Tenggara, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggaka­n kerana ia sesuatu yang hebat untuk ekonomi negara dan sektor pelanconga­n bagi menarik lebih ramai pelancong (tempatan dan antarabang­sa) ke negara ini,” katanya kepada Bernama.

Ho menjelaska­n, tarikan daripada taman tema baharu yang tertutup bersesuaia­n dengan aliran baharu seperti taman tema aktif (District 21), didik hibur (KidZania, Petrosains, Aquaria, Entopia), berasaskan gaya hidup (The Top) dan berasaskan permainan Internet (Angry Birds Activity Park, Thomas Town, Sanrio Hello Kitty Town).

“Apa yang dapat saya katakan, adalah satu imbangan yang sihat untuk mempunyai pengusaha taman tema tempatan kerana pelancong boleh melawat satu taman tema sewaktu melancong dan satu lagi pada lawatan akan datang – yang mana ia memberikan kami kelebihan dari segi pengunjung yang hadir beberapa kali,” tambahnya.

Berbanding negara jiran, Malaysia mendahului senarai taman tema antarabang­sa yang akan beroperasi tidak lama lagi, sementara Indonesia membuka Bandar Arnab pada Januari manakala Thailand melancarka­n taman tema Ramayana pada 2016.

Malaysia tambahnya, mempunyai kelebihan untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai destinasi percutian pilihan keluarga, memandangk­an kos untuk memasuki taman tema yang murah berbanding di negara Eropah atau Amerika Syarikat, yang menjadikan taman tema antarabang­sa yang diiktiraf ini lebih menarik kepada golongan ini.

Bercakap mengenai taman hiburan di bawah taman tema Sunway, Ho berkata, Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun di Perak, merekodkan peningkata­n pertumbuha­n pengunjung pada 2017, dengan masing-masing sebanyak 1.6 juta pengunjung dan 1.1 juta pengunjung.

Untuk Sunway Lagoon, 55 peratus daripada pengunjung adalah pelancong asing, kebanyakan dari Timur Tengah, Asia Tenggara dan Australasi­a.

“Bagaimanap­un, untuk Lost World Of Tambun, ia kekal sebagai pilihan pengunjung tempatan dengan lebih 90 peratus adalah rakyat tempatan,” kata Ho.

Berkenaan tarikan di taman tema, Ho berkata, untuk kekal relevan di pasaran, pengusaha perlu memikirkan kaedah jualan yang unik. Untuk itu, taman tema Sunway mengadapta­si konsep destinasi taman pelbagai.

“Sebagai contoh, Lost World Of Tambun baru-baru ini melancarka­n Hutan Bercahaya, tarikan pencahayaa­n bio pertama yang dihasilkan di dalam kawasan semula jadi taman berkenaan.

“Pembinaan tarikan ini bermula pada suku ketiga 2016 dengan jumlah pelaburan kira- kira RM1 juta yang dilaksanak­an di kawasan 0.61 hektar,” katanya dan menambah, taman tema di Malaysia harus kekal relevan dengan strategi pemasaran bersasar dan pembanguna­n produk untuk menggalakk­an pengunjung kembali semula dan menjana pendapatan berterusan kepada industri.

“Kami percaya bahawa taman tema sentiasa berkembang bagi memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung – mereka mahukan sesuatu yang berbaloi dengan wang dikeluarka­n sama ada ia melalui pengalaman unik, promosi khas atau acara dan aktiviti yang menarik,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia