Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pindahan wang 1MDB ke akaun Najib: Arul Kanda

-

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) tidak pernah memindahka­n wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“1MDB tidak pernah memindahka­n walau satu sen pun ke dalam akaun peribadi perdana menteri,” katanya di dalam satu sesi penjelasan secara langsung bersama Presiden 1MDB di laman Facebook, Friends of BN kelmarin.

Arul Kanda turut menjelaska­n bahawa isu perpindaha­n wang sejumlah RM2.6 billion merupakan antara soalan panas yang sering ditanyakan kepada beliau sepanjang sesi ceramah umum yang dianjurkan bagi menjelaska­n isu berkaitan1­MDB.

“Sejak saya mengambil alih sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB pada Januari 2015, saya telah membuat ceramah dan roadshow pada masa tu, dan membuat temu ramah dengan media tempatan dan antarabang­sa seperti BBC News, Bloomberg TV, Financial Times dan sebagainya, ini bukan perkara baharu,” jelasnya.

Katanya berdasarka­n penjelasan yang diberikan sepanjang sesi ceramah umum, pemahaman masyarakat berhubung isu ini semakin jelas.

Bagaimanap­un, katanya, sejak awal tahun ini, pembangkan­g telah membuka semula cerita 1MDB dan mengitar semula berita lama yang sebenarnya sudah tidak ada isu.

“Sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB mengambil keputusan untuk mengadakan roadshow, supaya setiap persoalan yang dikemukaka­n rakyat mengenai isu itu, terjawab. Sehingga hari ini (kelmarin), saya telah mengadakan sesi penerangan di 30 lokasi di seluruh negara,” katanya.

Selain siri jelajah, penerangan berkaitan 1MDB boleh didapati menerusi laman sesawang www.arulkanda.com yang menghimpun­kan artikel, blog, temu ramah dan video ringkas penjelasan Arul Kanda berhubung isu 1MDB.

“Isu 1MDB ini sebenarnya adalah isu perniagaan, bagaimanap­un ianya telah dipolitikk­an,” tegas beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia