Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen PRU14 BN Labuan lancar

-

LABUAN: Calon Barisan Nasional (BN) Labuan Datuk Rozman Isli berpuas hati dengan kelancaran perjalanan kempen Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) yang dijalankan jentera parti.

Beliau berkata kempen BN Labuan kali ini adalah lebih teratur dan terancang.

“Alhamdulil­lah, saya lihat sambutan amat mengalakka­n daripada penduduk Labuan setiap kali ceramah BN diadakan di setiap kampung mahu pun di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM),” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan PRU14 Jabatan Penerangan Labuan di Bangunan Ujana Kewangan di sini, semalam.

Beliau berkata jentera parti-parti lain yang bertanding juga berkempen dalam suasana aman dan lancar walaupun kerusi Parlimen Labuan berdepan persaingan empat penjuru.

Ketika ditanya sama ada BN boleh menang dengan majoriti yang lebih besar di Labuan kali ini, Rozman optimis ia dapat direalisas­ikan sekiranya peratusan mengundi lebih tinggi berbanding PRU13.

“Saya harap BN Labuan mesti menang dengan majoriti yang lebih besar...warga Labuan mesti membuat pilihan terbaik dengan mengambil kira prestasi kerajaan BN yang banyak membawa pelbagai projek pembanguna­n untuk kesejahter­aan mereka,” katanya.

Dalam lawatan itu, Rozman turut merasmikan Pusat Media PRU14 Jabatan Penerangan Labuan yang dibuka sejak hari penamaan calon bulan lepas.

Pusat Media itu dibuka mulai jam 8 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh 11 hari berkempen PRU14. — Bernama BEAUFORT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Lumadan menyifatka­n tindakan Barisan Nasional (BN) memilih muka baharu Matbali Musah sebagai calonnya di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) ini sebagai tepat kerana beliau amat mudah didekati.

Kata mereka sikapnya yang sentiasa tenang walaupun berdepan provokasi, amat disenangi.

Seorang penduduk Kampung Luagan, Azwan Junah, 32, berkata dia mengenali Matbali sebagai seorang yang sangat ‘cool’ (tenang).

“Apabila nama beliau (Matbali) diumumkan, kami amat gembira dan memberi sokongan penuh kepadanya,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Azwan berkata Matbali merupakan seorang yang mudah mesra, justeru penduduk tidak akan rasa segan untuk mendekatin­ya bagi menyuaraka­n masalah.

Nawarni Zulkifli, 60 pula berkata sebelum dipilih sebagai calon Matbali sudah pun menunjukka­n keprihatin­an terhadap masyarakat dan sentiasa menyantuni penduduk kampung.

Katanya beliau tidak pernah lupa menziarahi warga tua yang uzur dan bantuan dihulur tanpa mengira waktu.

“Kami tahu kadangkala duit bantuan yang dia berikan adalah duit dia sendiri,” katanya.

Norsinah Junah, 41, pula berkata dia mahu Matbali mewakili kawasan itu kerana beliau seorang berkarisma sebagai pemimpin selain komited dan berjiwa pen- yayang.

Sementara itu kata Matbali, Saunah Musah, 55, berkata adik bongsunya itu diibaratka­n ‘ayah’ kepada mereka lima beradik kerana beliau yang merupakan satu-satunya adik lelaki sentiasa mengambil berat akan kebajikan anggota keluarga selepas pemergian kedua ibu bapa mereka.

Pada PRU14 ini Matbali yang menggantik­an penyandang Datuk Kamarin Ombi, dicabar Asmat Japar (Harapan Rakyat) dan Md Samlih Juaisin (Warisan). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG: Suku kaum Rungus di rumah panjang Kampung Labuan Sama menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.
— Gambar Bernama SOKONG: Suku kaum Rungus di rumah panjang Kampung Labuan Sama menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur dan Parlimen Kudat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? CALON BN: Matbali adalah antara muka baharu yang ditampilka­n bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan berlangsun­g pada 9 Mei nanti.
— Gambar Bernama CALON BN: Matbali adalah antara muka baharu yang ditampilka­n bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan berlangsun­g pada 9 Mei nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia