Utusan Borneo (Sarawak)

Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Agropreneu­r Muda dan Mobilepren­eur lahir ramai usahawan muda

-

KOTA KINABALU: Program keusahawan­an dilaksanak­an kerajaan sepanjang tempoh lima tahun ini dilihat telah berupaya melonjakka­n potensi belia Sabah dalam bidang perniagaan serta pemasaran, kata Presiden Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu Abqaree Fawwaz Abekan.

Katanya program seperti Tunas Usahawan Belia Bumiputera; Agropreneu­r Muda; dan Mobilepren­eur terbukti telah melahirkan ramai usahawan muda di negeri ini sekali gus membuka peluang mereka mencipta pekerjaan sendiri dan menyediaka­n peluang pekerjaan.

“Inisiatif paling signifikan kerajaan untuk belia yang turut memberi manfaat kepada golongan itu di Sabah ialah program keusahawan­an. Pelbagai agensi diberi tanggungja­wab untuk meningkatk­an potensi keusahawan­an belia Sabah seterusnya mengubah mentaliti mereka terhadap bidang itu.

“Belia yang menyertai program itu diberikan geran, pinjaman serta bantuan berkaitan bagi memudahkan mereka memulakan perniagaan seterusnya menjadi usahawan muda lebih berdaya saing serta mampu ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Abqaree, yang juga Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah berkata, keprihatin­an kerajaan terhadap pembanguna­n belia Sabah tidak boleh dinafikan kerana terdapat pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menyediaka­n prasarana diharapkan golongan itu sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Beliau berkata ini termasuk membina gelanggang futsal; padang komuniti; dewan sukan serba guna; dan pusat riadah bagi membolehka­n golongan belia Sabah dapat bersosial secara sihat menerusi kemudahan prasarana lebih bagus dan selesa.

“Di samping itu, pewujudan projek Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) di Tuaran juga adalah bukti kerajaan peka terhadap keperluan belia di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata komitmen penuh kerajaan itu membolehka­n belia Sabah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan belia di negeri-negeri lain sekali gus memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihar­a dan belia Sabah tidak terpinggir dalam arus pembanguna­n.

Selain itu, Abqaree berkata, kepercayaa­n diberikan kerajaan kepada persatuan serta komuniti belia untuk menganjurk­an program seperti Hari Belia Negara dan Hari Sukan Negara mengikut citarasa anak muda adalah pendekatan terbaik selain satu pengiktira­fan terhadap kepimpinan serta kreativiti golongan itu.

Dalam pada itu, Abqaree berkata sebagai anak muda, beliau berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat melaksanak­an keseluruha­n manifesto khusus untuk orang muda yang dibentangk­an baru-baru ini bagi terus memacu Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Saya percaya anak-anak muda akan sentiasa bersama membantu kerajaan merealisas­ikan manifesto tersebut. Perancanga­n teratur dan realistik (seperti dalam manifesto) akan mampu menjadikan Malaysia lebih sejahtera jika pelaksanaa­nnya dapat dijayakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK RAKYAT: Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi telah dibina dengan kos RM31.25 juta yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac tahun lepas.
— Gambar Bernama UNTUK RAKYAT: Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi telah dibina dengan kos RM31.25 juta yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia