Utusan Borneo (Sarawak)

Bina rumah PPR, baiki rumah daif untuk penduduk Batu Sapi

-

SANDAKAN: Dalam usaha memenuhi keperluan penduduk di Batu Sapi, kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanak­an pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Baik Pulih rumah daif di kawasan itu.

Terdapat dua taman PPR dibangunka­n di kawasan itu iaitu PPR Taman Batu Sapi yang mempunyai 180 unit rumah dan Taman PPR Lintas Sibuga yang mengandung­i 500 unit rumah.

PPR Taman Batu Sapi, yang dibina dengan kos RM31.25 juta, telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 3 Mac tahun lepas.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman baru-baru ini mengumumka­n bahawa kadar sewa rumah PPR Taman Batu Sapi, yang sebelum ini RM250, diturunkan kepada RM170 bermula bulan lepas.

PPR Lintas Sibuga pula dibina dengan kos RM23.7 juta.

Musa juga mengumumka­n bahawa kerajaan menyasarka­n untuk membina 2,000 unit rumah di bawah PPR secara berperingk­at di kawasan Batu Sapi.

Bagi penghuni rumah di PPR Taman Batu Sapi, mereka menyifatka­nnya sebagai kediaman selesa yang turut dilengkapi kemudahan lain termasuk dewan selain terletak bersebelah­an dengan Masjid Batu Sapi.

Salim Kulah, 38, berkata dengan kadar sewa yang tidak membebanka­n iaitu RM170 sebulan, beliau dan keluargany­a dapat tinggal di unit rumah yang dilengkapi dengan keperluan asas yang lengkap.

Rumah tiga bilik itu membolehka­n mereka tinggal di rumah yang selesa, katanya.

“Saya bersyukur dapat tinggal di sini,” katanya.

Basri Abu Hapis, 35, pula berkata beliau tidak pernah terbayang dapat tinggal di sebuah rumah yang lengkap dengan kemudahan asas.

“Saya dan keluarga berasa bertuah kerana diberi peluang tinggal di PPR Taman Batu Sapi yang mempunyai kawasan taman perumahan yang cantik dan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, rumah daif penduduk khususnya yang terletak di kawasan pulau turut menjadi perhatian kerajaan untuk dibaik pulih.

Tahun ini, sebanyak 78 rumah milik penerima e-Kasih di kawasan Batu Sapi dipilih untuk dibaiki menerusi Projek Baik Pulih Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dilaksanak­an Pusat GIATMARA Batu Sapi dengan peruntukan keseluruha­n RM1.17 juta.

Menerusi inisiatif kerajaan BN itu, kos membaik pulih setiap rumah adalah RM15,000.

Projek itu melibatkan rumah di Kampung Bakau, Sundang Laut, Karamuntin­g, Bokara, Gas, Tanah Merah, Lupak Meluas dan Bambangan.

Selain itu, sebanyak 100 rumah daif di kawasan Parlimen Batu Sapi dibaik pulih menerusi program Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah, Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rumah terbabit adalah milik penduduk miskin dan miskin tegar yang berdaftar di bawah e-Kasih membabitka­n 70 buah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan 30 lagi di DUN Karamuntin­g.

Dalimah Arani, 35, berkata bantuan itu membolehka­n rumah yang didiaminya bersamasam­a suami Mismat Halin, 35, yang merupakan nelayan, dan lima anak, dibaiki.

“Sebelum ini, bumbung rumah bocor selain dinding dan lantai rosak dan kesemuanya tidak dapat dibaiki kerana faktor kewangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia