Utusan Borneo (Sarawak)

NENEK GEMBIRA AKHIRNYA BOLEH MEMBACA MELALUI PLF KEMAS

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

NENEK kepada 15 cucu, Fatimah Umar, 68, tidak menyangka inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) telah membolehka­n beliau membaca dengan baik.

Beliau yang tidak mengikuti pendidikan awal sejak kecil menyifatka­n pada mulanya belajar mengenal huruf dan membaca agak susah.

“Memang pada mulanya hendak belajar asas memang susah, namun berkat kesabaran saya akhirnya berjaya menyempurn­akan kelas yang diikuti dan sekurang-kurangnya dapat membaca buku dengan baik.

“Selepas mengikuti program ini, saya turut memberitah­u dan mengajak rakanrakan lain yang sama buta huruf seperti saya dulu untuk sama-sama mengikuti kelas dan kita harus belajar walaupun usia semakin meningkat,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo di tapak Mini Karnival KEMAS4U di Kampung Punang, Lawas kelmarin.

Fatimah yang mempunyai tujuh anak ini turut berkongsi bahawa pada waktu kecil beliau tidak mengikuti manamana pendidikan formal kerana bilangan adikberadi­k yang ramai untuk ditampung perbelanja­an ke sekolah.

“Apabila saya mendengar ada program LPF untuk warga emas, saya terus mendaftark­an diri dan tidak melepaskan peluang untuk menimba ilmu,” katanya.

Sementara itu seorang lagi wanita warga emas Lajimah Ibrahim, 66, berkata, mempunyai lapan anak dan 13 cucu tidak menghalang dirinya untuk belajar mengenal huruf dan memperbaik­i diri menjadi seorang yang boleh membaca.

“Saya begitu bersyukur dan gembira dengan peluang yang diberikan kerajaan kepada warga emas seperti saya ini untuk terus menimba ilmu dan akhirnya boleh membaca.

“Bagi saya, program seperti ini bagus ditawarkan kepada warga tua yang tidak tahu membaca kerana jika sudah mengenal huruf, maka kita akan dapat membaca dan memperoleh­i maklumat dengan mudah,” katanya.

Fatimah dan Lajimah antara 10 wanita yang menerima Sijil Penyertaan Kelas Literasi Fungsian yang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Mini Karnival KEMAS4U di Kampung Punang.

Program PLF anjuran KEMAS ini merupakan program tiga tahun merangkumi tiga tahap penguasaan bagi orang dewasa yang pada akhirnya membolehka­n mereka mengenal huruf, membaca dan membuat karangan pendek.

 ??  ??
 ??  ?? LAJIMAH FATIMAH
LAJIMAH FATIMAH
 ??  ?? KONVOKESYE­N: Sebahagian daripada peserta kelas dewasa PLF menerima sijil masing-masing.
KONVOKESYE­N: Sebahagian daripada peserta kelas dewasa PLF menerima sijil masing-masing.
 ??  ?? SAAT GEMBIRA: Fatimah (lima kiri) menerima sijil PLF daripada Awang Tengah.
SAAT GEMBIRA: Fatimah (lima kiri) menerima sijil PLF daripada Awang Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia