Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING FA HAMPA DI SABAK BERNAM

Gagal rampas tangga teratas Kumpulan A Piala FAM 2018 setelah tewas 1-0 di tangan Selangor United FC

- Oleh Rusnan Mustafa

Saya tetap berpuas hati dan memuji persembaha­n baik pemain-pemain walaupun kita tewas.

Shahrizan Sahari Jurulatih Kuching FA

KUCHING: Kuching FA terlepas peluang untuk merampas kedudukan teratas Kumpulan A saingan Piala FAM 2018 apabila kekalahan tipis 1- 0 di tangan Selangor United FC pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam petang kelmarin.

Meskipun tewas, pujian harus diberikan kepada skuad pelawat bimbingan Shahrizan Sahari yang memberikan tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah sebaik wisel dibunyikan.

Nasib nyata memihak Selangor United FC selepas penyerang mereka berjaya menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-83 selepas perlawanan seakan- akan berkesudah­an seri tanpa jaringan.

“Saya tetap berpuas hati dan memuji persembaha­n baik pemain-pemain walaupun kita tewas.

“Semua pemain memberikan tentangan sengit kepada pasukan tuan rumah dan mempamerka­n semangat perjuangan tinggi sepanjang perlawanan,” kata Shahrizan ketika dihubungi semalam.

Kuching FA akan meneruskan kempen Piala FAM 2018 menentang ATM di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 13 Mei ini.

Mengenai perlawanan tersebut, Shahrizan mahu semua pemain segera bangkit dan melupakan kekalahan itu dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada pertemuan menentang ATM nanti.

“Kita akan bermain di laman sendiri menentang ATM. Ini peluang terbaik kita menebus kekecewaan dan saya tidak mahu pemain-pemain mensia-siakan peluang itu.

“Justeru, kita perlu kembali fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk bangkit memburu kemenangan,” katanya.

Kuching FA kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul 14 mata daripada lapan perlawanan.

Skuad warga kota itu mencatat empat kemenangan, dua seri dan dua kekalahan setakat ini.

 ??  ??
 ??  ?? TEWAS: Kuching FA mencatat kekalahan kedua selepas tewas 1-0 di tangan Selangor United FC di gelanggang lawan petang kelmarin.
TEWAS: Kuching FA mencatat kekalahan kedua selepas tewas 1-0 di tangan Selangor United FC di gelanggang lawan petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia