Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar inklusif BN rangkumi minoriti

-

LAWAS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalka­n dasar inklusif di mana bukan sahaja mengira kepentinga­n kaum majoriti tetapi kepentinga­n kaum minoriti juga diberi perhatian secukupnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dalam politik BN mengamalka­n kerjasama erat antara parti-parti komponenny­a.

“Kita mengamalka­n dasar untuk memastikan wakil-wakil rakyat kita dalam kerajaan bukan sahaja terdiri daripada kaum majoriti tetapi kita nak yang minoriti turut sama dalam pentadbira­n.

“Parlimen Lawas ini walaupun majoritiny­a orang Melayu, tetapi kita melihat kepada kepentinga­n yang lebih besar dan kita menyokong calon BN bagi kerusi Parlimen kita hendaklah datang daripada suku kaum Lun Bawang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Berjumpa Rakyat di Kampung Long Sukang dekat sini, semalam.

Jelasnya, pemilihan penyandang kerusi Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong adalah yang terbaik agar suara masyarakat di Lawas keseluruha­nnya dapat didengar di peringkat persekutua­n.

“Saya berharap sokongan masyarakat di Long Sukang dan seluruh kawasan Ba’Kelalan adalah kepada BN.

“Sepanjang program saya berjumpa rakyat sejak dua hari lepas, saya dapat melihat sokongan masyarakat di Lawas ini begitu hebat sekali,” katanya yang turut berpesan agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkan­g.

Pada majlis yang sama, Awang Tengah turut menyerahka­n Pewartaan Rizab Komunal Bumiputera kepada dua kampung iaitu Kampung Long Sukang dan Kampung Long Meringau.

Keluasan rizab yang diserahkan bagi kawasan Long Meringau ialah 320.2 hektar manakala kawasan Long Sukang pula berkeluasa­n 858 hektar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Penolong Pengarah Survei Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Rozlan Putit dan tetamu-tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? DIIKTIRAF: Awang Tengah (lima kiri) menyempurn­akan penyerahan Pewartaan Rizab Komunal Bumiputera kepada wakil kawasan Long Meringau.
DIIKTIRAF: Awang Tengah (lima kiri) menyempurn­akan penyerahan Pewartaan Rizab Komunal Bumiputera kepada wakil kawasan Long Meringau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia