Utusan Borneo (Sarawak)

Farid Kamil mahu kemuka representa­si gugur pertuduhan

-

PELAKON dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari bercadang mengemukak­an representa­si ke Jabatan Peguam Negara bagi menggugurk­an enam pertuduhan yang dihadapiny­a termasuk mencederak­an anggota polis, menggunaka­n dadah dan mereka keterangan palsu dalam laporan polis.

Peguam Faizul Mohd Nasir, yang mewakili Farid Kamil, 37, memaklumka­n perkara itu semasa sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di dua Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, semalam.

Di hadapan Majistret Salamiah Salleh dan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham, peguam itu memberitah­u bahawa pihak pembelaan memerlukan masa untuk meneliti dokumen berkaitan kes yang diterima daripada pihak pendakwaan dan berkemungk­inan mengemukak­an representa­si.

Beliau kemudian memohon satu tarikh sebutan baharu iaitu selepas Farid Kamil, yang juga suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle, selesai menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di Damansara pada 15 Mei ini.

“Pohon tarikh sebutan yang bersesuaia­n kerana anak guam saya akan menjalani pembedahan lutut dan mengambil masa untuk proses penyembuha­n,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee dan Fazeedah Faik tidak membantah permohonan peguam itu.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes bagi enam pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai kemeja putih lengan panjang dan seluar denim biru, tiba di mahkamah kirakira 9.30 pagi bersamasam­a pengurusny­a dan beberapa rakan lelaki.

Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalanka­n tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalanka­n tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakua­n tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam. Pada 25 Januari lepas, Farid Kamil dituduh menggunaka­n dadah jenis tetra hydrocanna­binol atau THC dan pada 9 Mac pula, bapa kepada dua orang anak itu didakwa mereka keterangan palsu dan tidak benar di dalam laporan polis berhubung dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah ke dalam minumannya.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? DI MAHKAMAH: Farid Kamil selepas prosiding sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam. Beliau bercadang mengemukak­an representa­si bagi menggugurk­an enam pertuduhan itu.
— Gambar Bernama DI MAHKAMAH: Farid Kamil selepas prosiding sebutan semula enam pertuduhan yang dihadapiny­a di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam. Beliau bercadang mengemukak­an representa­si bagi menggugurk­an enam pertuduhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia