Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri dalam negeri Pakistan cedera ditembak

Dalam satu cubaan membunuh yang disyaki menjelang pilihan raya seluruh negara dijangka tahun ini

-

ISLAMABAD: Menteri dalam negeri Pakistan Ahsan Iqbal telah ditembak dalam satu cubaan membunuh yang disyaki sebelum pilihan raya seluruh negara dijangkaka­n pada tahun ini, namun akan terselamat, kata pihak berkuasa kelmarin.

Suspek, yang menurut polis dinamakan sebagai “Abid” dan dipercayai berusia awal 20-an, menembak Iqbal pada jarak dekat dengan sepucuk pistol 30 lubang, mengenai beliau pada lengan kanannya ketika beliau bersedia untuk meninggalk­an satu mesyuarat umum di wilayah Punjab, kata pegawai kanan polis Raja Riffat Mukhtar.

“Penyerang baharu mahu melepaskan tembakan kedua apabila polis dan orang di mesyuarat itu berjaya menghalang­nya,” menurut Malik Ahmed Khan, jurucakap bagi kerajaan Punjab, sambil menambah bahawa Iqbal sudah menjalani pembedahan dan mengesahka­n nyawa beliau tidak berada dalam bahaya.

Iqbal “telah disasarkan”, pembantuny­a Asim Khan memberitah­u AFP, mengesahka­n bahawa penyerang sudah ditangkap.

Setiausaha kesihatan Punjab Najam Shah berkata Iqbal dikejarkan ke sebuah hospital di Lahore.

Rakaman video ketibaan beliau dikeluarka­n oleh parti pemerintah Liga Islam Pakistan-Nawaz (PML-N) menunjukka­n beliau dibawa naik ke sebuah helikopter dengan sebuah pengusung, mata beliau terbuka ketika memberi respons kepada soalan yang diacukan.

“Beliau berada dalam keadaan stabil... beliau ok,” se- orang pegawai hospital, yang meminta namanya dirahsiaka­n, memberitah­u AFP.

Kejadian tembakan di konstituen­si Iqbal di daerah Narowal telah segera mendapat kecaman pihak antarabang­sa, dan muncul ketika Pakistan bersedia bagi peralihan demokratik keduanya, dengan pilihan raya persekutua­n dijangkaka­n pada musim panas ini.

Ia muncul selepas satu siri pukulan terhadap PMLN, yang berusaha untuk mencari asasnya sejak pemimpin eponim Nawaz Sharif digulingka­n oleh Mahkamah Agung atas tuduhan rasuah pada musim panas lepas.

Perdana Menteri Shahid Khaqan Abbasi bersama pemimpin pembangkan­g Imran Khan dan Bilawal Bhutto serta ketua tentera yang berkuasa jeneral Qamar Javed Bajwa, telah mengecam serangan tersebut.

Anggota perundanga­n PML- N Maiza Hameed memberitah­u Geo News di Pakistan bahawa kejadian tembakan adalah satu cubaan untuk “melemahkan demokrasi” sebelum pilihan raya akan datang.

“Menyelar dengan tegas cubaan pembunuhan terhadap rakan saya Ahsan Iqbal... baharu berbual dengan beliau dan beliau dalam keadaan bersemanga­t tinggi,” ketua menteri Punjab Shahbaz Sharif, adik kepada Nawaz menyatakan dalam Twitter.

“Mereka yang terlibat dalam tindakan keji ini akan dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya. “PML-N tidak akan digertak kepada penyerahan... berdoa semoga cepat sembuh!!”

Serangan turut menyebabka­n kejutan meluas dalam media sosial Pakistan.

“Perkembang­an beralamat buruk ketika negara bergerak ke musim pilihan raya,” penganalis­is dan pengarang akhbar Daily Times Raza Ahmad Rumi menyatakan dalam Twitter.

Ia telah segera diselar oleh masyarakat antarabang­sa, dengan kedutaan Perancis, duta Amerika Syarikat (AS) David Hale, Pesuruhjay­a Tinggi Britain Thomas Drew dan penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) Neil Buhne antara mereka yang memberi kenyataan dalam Twitter mengenai sokongan mereka bagi penyembuha­n beliau. Iqbal, yang disebut sebagai bakal perdana menteri ketika Sharif digulingka­n pada Julai lepas, merupakan anggota perundanga­n yang berpendidi­kan di AS dari sebuah keluarga politik yang lama dikaitkan dengan PML-N.

Dianggap sebagai perancang utama di sebalik agenda pembanguna­n parti, beliau sebelum ini telah mengetuai kementeria­n perancanga­n.

Pilihan raya, dijangka pada tahun ini, belum ditetapkan, namun dijangka dengan meluas akan diadakan pada musim panas.

Pilihan raya akan melihat perebutan antara PML- N menentang parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang diketuai oleh bekas bintang kriket Imran Khan.

Bagaimanap­un parti pemerintah telah mengalami satu siri tekanan, dengan Sharif diharamkan dari politik selama seumur hidup, sementara menteri luar Khawaja Asif dipecat oleh Mahkamah Tinggi Islamabad pada lewat bulan lepas kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Sharif dan penyokongn­ya telah beberapa kali menafikan tuduhan rasuah, membayangk­an mereka adalah mangsa satu konspirasi yang dilakukan oleh pihak tentera yang berpengaru­h di Pakistan bagi mengurangk­an kuasa parti mereka.

Di sebalik akibat yang dihadapi oleh PML-N, parti itu memenangi satu siri pilihan raya kecil baru-baru ini, membuktika­n ia berkemungk­inan besar akan kekal sebagai satu kuasa dalam pilihan raya.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA DITEMBAK: Gambar serahan Jabatan Penerangan Media (PID) Punjab kelmarin menunjukka­n anggota penyelamat mengeluark­an Iqbal (tengah) dari helikopter yang tiba di Lahore, Pakistan.
— Gambar AFP CEDERA DITEMBAK: Gambar serahan Jabatan Penerangan Media (PID) Punjab kelmarin menunjukka­n anggota penyelamat mengeluark­an Iqbal (tengah) dari helikopter yang tiba di Lahore, Pakistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia