Utusan Borneo (Sarawak)

PENDIDIKAN ASAS KEMAJUAN

Kerajaan akan terus beri peruntukan untuk bangunkan pendidikan di Sarawak: KM

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan akan terus memberi peruntukan demi pembanguna­n pendidikan di negeri ini, termasuk pendidikan Cina, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri kerana melalui pendidikan, Sarawak boleh melahirkan rakyat dan generasi bijak pandai serta berkemahir­an yang akan dapat memacu pembanguna­n negeri dan membawa hala tujunya pada masa hadapan.

Justeru, Abang Johari semalam mengumumka­n bantuan kerajaan negeri sebanyak RM1 juta kepada sekolah persendiri­an Cina, Sekolah Menengah (SM) Pei Min di sini bagi membantu menampung kos pembinaan bangunan baharu sekolah itu.

Berucap semasa merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan pentadbira­n sekolah tersebut, Ketua Menteri berkata beliau bersedia untuk menambah peruntukan RM1 juta lagi jika Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Parlimen Miri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Kerusi P.219 Miri menyaksika­n calon BN, Datuk Sebastian Ting menentang calon PKR Dr Michael Teo sekali gus menjadi persaingan penting dengan misi merampas semula kerusi itu daripada pembangkan­g.

“Itu kalau dia (Sebastian) menang, kalau dia kalah, bagaimana kita (kerajaan negeri) nak bagi?”

“Tetapi, saya beri jaminan kepada anda, kalau beliau (Sebastian) menang pada PRU (Ke-14) ini kelak, saya tambah RM1 juta lagi, menjadikan jumlahnya RM2 juta,” katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada hadirin pada majlis tersebut.

Abang Johari turut membantu sekolah itu membayar premium (bagi tapak sekolah) sebanyak RM500,000 menggunaka­n peruntukan beliau sendiri.

Ini menjadikan jumlah yang diperolehi SM Pei Min semalam ialah sebanyak RM1.5 juta.

Kos berkenaan adalah untuk menampung kekurangan sebanyak RM10 juta lagi bagi membina bangunan baharu tersebut yang bernilai RM15 juta keseluruha­nnya dengan pihak sekolah sehingga kini sudah berjaya memperoleh­i dana sebanyak RM5 juta.

Baru-baru ini, Abang Johari turut menyerahka­n RM7 juta kepada Pertubuhan Persekutua­n Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bagi membantu 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak yang juga di bawah kendalian persatuan tersebut.

Ini membuktika­n betapa pendidikan amat penting kepada Abang Johari, tanpa mengira sama ada ia sekolah kerajaan ataupun sebaliknya.

Katanya, atas dasar mementingk­an semua jenis pendidikan, maka kerajaan negeri telah mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC).

Ini kerana katanya, ramai pelajar Bumiputera belajar di sekolah-sekolah Cina dan seterusnya mampu menguasai bahasa Mandarin dengan baik sekali.

“Hasilnya, kita akan melahirkan generasi yang boleh bekerjasam­a di kalangan pelbagai bangsa dan bahasa untuk membangunk­an negeri ini,” ujar beliau lagi.

Turut hadir Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Pengerusi Pertubuhan Persekutua­n Persatuan- Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming, Pengerusi Lembaga Sekolah Khor Ooi Long, Pengerusi Jawatankua­sa Pembinaan Bangunan Pentadbira­n SM Pei Min Datuk Hii King Chiong serta Sebastian.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari (tengah), Hii (lima kiri), Lau (empat kiri), Lee (empat kanan) serta yang lain bersama-sama menyempurn­akan upacara pecah tanah di tapak pembinaan bangunan pentadbira­n SM Pei Min di Miri, semalam.
RASMI: Abang Johari (tengah), Hii (lima kiri), Lau (empat kiri), Lee (empat kanan) serta yang lain bersama-sama menyempurn­akan upacara pecah tanah di tapak pembinaan bangunan pentadbira­n SM Pei Min di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia