Utusan Borneo (Sarawak)

TEMUI AJAL SELEPAS SELAMAT DARI PERAHU KARAM

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung selepas berjaya menyelamat­kan diri apabila perahu yang dinaiki bersama rakannya karam di Sungai Kampung Baru di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern mengesahka­n kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7 malam dan mangsa dikenali sebagai Ahmad Zaidi Buang, 39, berasal dari Kampung Mata Parang.

Menurutnya, mangsa bersama rakannya memancing di sungai tersebut dari jam 12 tengah hari namun semasa dalam perjalanan pulang, perahu mereka dikatakan terlanggar sebatang kayu yang mengakibat­kannya terbalik.

“Mangsa dan rakannya bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing sungai, sebelum dia (mangsa) mengadu sesak nafas dan terpaksa dipimpin oleh rakannya sehingga dia tidak lagi mampu berjalan.

“Risau melihat keadaan mangsa sedemikian, rakannya mendapatka­n bantuan daripada penduduk di kampung berdekatan selain menghubung­i ambulans.

“Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menghidap sakit jantung dan kematianny­a dipercayai bukan disebabkan lemas,” katanya.

Kes tersebut masih dalam siasatan dan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

 ??  ?? TRAGIK: Mayat mangsa dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
TRAGIK: Mayat mangsa dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia