Utusan Borneo (Sarawak)

PREMIUM TANAH SKIM PENEMPATAN SEMULA, PEMBESARAN KAMPUNG TURUN 50%

-

KUCHING: Rakyat yang ditawarkan lotlot di Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung di negeri ini menerima berita gembira selepas kerajaan negeri menurunkan kadar premium tanah sebanyak 50 peratus berkuat kuasa 6 Mei 2018.

Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan akhbar semalam menjelaska­n, penurunan itu bagi meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah yang terlibat di skim-skim berkenaan.

Penurunan kadar premium itu adalah khusus bagi Skim Penempatan Semula Stampin Fasa 1, Stampin Fasa 2, Stampin Fasa 3, Batu Kawa 2 ½ Fasa 1, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat I, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Peringkat II (bukan Muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 3 dan Stapok, yang melibatkan jumlah keseluruha­n 2,834 lot kediaman.

Keputusan itu susulan daripada lawatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Kampung Maludam dan Kampung Kuala Igan kelmarin.

Ketika lawatan itu, Abang Johari melihat ada keperluan untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah yang telah ditawarkan lot-lot di Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung untuk menyelesai­kan pembayaran premium bagi lot-lot tersebut.

“Di atas dasar keprihatin­an kepada golongan berpendapa­tan rendah yang terdiri daripada buruh kasar, petani dan nelayan di kawasan bandar dan luar bandar, Ketua Menteri telah mengarahka­n supaya kadar premium ditetapkan pada kadar RM2,500 selot iaitu penurunan 50 peratus daripada premium asal RM5,000 berkuat kuasa 6 Mei 2018.

“Penurunan 50 peratus premium ini juga akan memberi implikasi kewangan berjumlah RM7.085 juta kepada kerajaan negeri,” katanya.

Malah, bagi semua sembilan Skim Penempatan Semula yang dinyatakan, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membayar balik premium yang telah dibayar melebihi RM2,500.

Permohonan pembayaran balik premium hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2018 dan pertimbang­an hanya akan diberikan kepada ‘allottee’ asal sahaja.

Lot-lot yang telah dipindah milik tidak akan dipertimba­ngkan kecuali pindah milik tersebut berlaku dalam keadaan seperti pindah milik kepada pemegang surat kuasa mentadbir atau pindah milik atas dasar kasih sayang di kalangan ahli keluarga terdekat.

Permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk menyelesai­kan pembayaran premium secara ansuran selama 10 tahun dalam 10 ansuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia