Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia memerlukan ramai jurutera dan saintis

Jurutera dan saintis dalam R&D penting untuk menyokong usaha Malaysia mencapai status negara maju: Fadillah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Malaysia memerlukan dan perlu melahirkan lebih ramai tenaga jurutera dan saintis untuk terlibat dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jurutera dan saintis dalam R&D penting untuk menyokong usaha Malaysia mencapai status negara maju.

“Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju kita mesti menjadi negara pengeluar dan bukannya negara pengguna seperti hari ini.

“Malaysia merupakan negara yang paling banyak membeli gajet tetapi tidak mampu mengeluark­an produk dan jika ada pun masih belum mencapai tahap negara pengeluar.

“Sebab itu kita memerlukan ramai jurutera dan saintis yang dapat terlibat dalam bidang R&D ini yang dapat menambah pendapatan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri di sini semalam.

Pada majlis itu, Fadillah sekali lagi menekankan keperluan serta pentingnya untuk melahirkan pelajar yang mampu menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Hasrat dan sasaran kerajaan katanya, adalah untuk men- capai 60 peratus penglibata­an pelajar di universiti dalam bidang STEM.

Tetapi katanya, hasrat ini belum tercapai disebabkan di peringkat sekolah tidak menghantar pelajar untuk memasuki atau memilih bidang STEM.

Bercakap mengenai pertanding­an tersebut, Fadillah berkata ia adalah inisiatif Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri.

Meskipun namanya Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia tetapi fokusnya bukan sahaja untuk pendidikan orang Melayu tetapi dalam bidang pendidikan secara keseluruha­nnya.

“Hasil daripada perbincang­an bersama dengan semua jawatankua­sa kita bersetuju untuk fokus dalam bidang STEM hasil cadangan gagasan cawangan kita Sarawak.

“Sebab itu kita adakan pertanding­an ini bermula di peringkat negeri dan kemudianny­a final di peringkat kebangsaan,” katanya yang juga presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.

Turut hadir Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon.

Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju kita mesti menjadi negara pengeluar dan bukannya negara pengguna seperti hari ini.

Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TAHNIAH: Fadillah menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori Matematik, Jesslynn Loo Shi Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Sibu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kiri) serta yang lain.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TAHNIAH: Fadillah menyampaik­an hadiah kepada pemenang kategori Matematik, Jesslynn Loo Shi Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Sibu sambil disaksikan Dr Annuar (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia