Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan lampu isyarat atasi kesesakan di Simpang Jalan Demak

-

KUCHING: Masalah kesesakan trafik yang sering berlaku terutama pada waktu puncak berjaya diselesaik­an dengan pemasangan kemudahan lampu isyarat di Simpang Jalan Demak 1 di sini, semalam.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuaku Jaafar berkata, projek lampu isyarat berharga RM530,000 itu dibiayai menggunaka­n peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar ( RTP) 2017 N. 5 Demak Laut.

“Kita sering menerima aduan daripada pengguna mengenai kesesakan dan risiko kemalangan di kawasan tersebut.

“Diharap semua masalah akan selesai dengan pemasangan kemudahan lampu isyarat yang turut dilengkapi ‘monitoring system’ (sistem kawalan) dan kamera,” katanya selepas merasmikan lampu isyarat di Simpang Jalan Demak 1 di sini, semalam.

Turut hadir isteri Wan Junaidi yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Datin Seri Feona Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Wan Junaidi berkata, dianggarka­n 2,470 kenderaan keluar masuk melalui jalan tersebut setiap sejam.

“Melihat kepada angka jumlah kenderaan yang melalui jalan ini terlalu banyak, maka sudah tentu memberi makna besar buat pengguna jalan raya di kawasan terbabit.

“Malah saya cukup yakin dengan adanya pemasangan lampu isyarat ini ia akan memberi perkhidmat­an yang baik kepada para pengguna,” katanya.

Wan Junaidi dalam pada itu mengucapka­n terima kasih kepada ADUN Demak Laut kerana prihatin akan masalah dihadapi pengguna jalan raya, lalu beliau ( Dr Hazland) menggunaka­n peruntukan RTP kawasannya untuk kerja memasang lampu isyarat di kawasan itu.

“Kalau nak tunggu pihak berkuasa tempatan ( PBT) peruntukan mungkin terbatas dan pembinaan akan mengambil masa lebih lama,” ujarnya sambil menambah, pemasangan lampu isyarat yang dimulakan pada 6 Disember tahun lalu itu kini siap dan dibuka kepada umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia