Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan jadi musuh dalam selimut sabotaj calon

Jenis musuh seperti itu adalah lebih menakutkan daripada musuh yang ada di depan mata, kata Hii

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Penyokong Barisan Nasional (BN) diberi amaran agar tidak menjadi musuh dalam selimut mensabotaj calon yang bertanding.

Datuk Hii King Chiong berkata, jenis musuh seperti itu adalah lebih menakutkan daripada musuh yang ada di depan mata.

“Amat menyedihka­n dan mengecewak­an untuk percaya yang kita akan menang dengan sokongan kuat tetapi akhirnya menderita kekalahan kerana disabotaj oleh orang kita sendiri,” katanya.

Hii berkata, beliau pernah berdepan pengalaman disabotaj ketika bertanding sebagai calon langsung BN untuk kerusi DUN Pujut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Menurut Hii, sesetengah orang akan bertindak kejam dengan apa jua cara sekalipun untuk mencapai matlamat mereka.

“Tidak kira seberapa banyak atau baik anda lakukan, akan ada orang yang akan menyakiti kita untuk keuntungan peribadi mereka sendiri,” katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Blok Pentadbira­n SM Pei Min disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Hii yang juga pengerusi jawatankua­sa projek tersebut, tidak mahu insiden sama berlaku kepada calon BN Miri Datuk Sebastian Ting pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

Penyokong harus bersatu dan memberi sokongan penuh kepada calon BN yang bertanding.

Hii berkata, Ting dipilih kerana merupakan calon terbaik dan calon boleh menang untuk BN merampas semula kerusi Miri.

“Undi untuk Datuk Sebastian Ting adalah untuk Datuk Patinggi Abang Johari dan undi untuk Miri yang lebih baik,” katanya.

Beliau mahu penduduk Miri memberi kemenangan majoriti besar kepada Ting juga sebagai tanda sokongan kuat kepada kepimpinan Abang Johari menuntut semula autonomi Sarawak.

“Saya sentiasa bersedia memberi sokongan penuh untuk membantu BN men-

Amat menyedihka­n dan mengecewak­an untuk percaya yang kita akan menang dengan sokongan kuat tetapi akhirnya menderita kekalahan sendiri.” kerana disabotaj oleh orang kita

Datuk Hii King Chiong Pengerusi Jawatankua­sa Projek Pembinaan Blok Pentadbira­n SM Pei Min

dapatkan semula sokongan di kawasan kalah pada pilihan raya ini dan memberi sokongan penuh kepada calon BN untuk kesejahter­aan Sarawak dan rakyat,” katanya.

Beliau yakin Sarawak akan terus berada dalam keadaan selamat dan mengecapi kemajuan di bawah kepimpinan Abang Johari.

Mewakili masyarakat Cina di sini, Hii menyeru kerajaan terus memberi bantuan kepada masyarakat Cina dan meningkatk­an dana untuk sekolah-sekolah Cina.

“Sekolah-sekolah Cina memerlukan bantuan dan dana untuk meningkatk­an kualiti pendidikan dan kualiti bakat yang dilahirkan sekolah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SENTIASA DIBANTU: Abang Johari (tengah) ditemani Hii (tiga kanan), Ting (kanan) dan ahli jawatankua­sa menunjukka­n model blok pentadbira­n baharu SM Pei Min semalam.
SENTIASA DIBANTU: Abang Johari (tengah) ditemani Hii (tiga kanan), Ting (kanan) dan ahli jawatankua­sa menunjukka­n model blok pentadbira­n baharu SM Pei Min semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia