Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian Ting tahu kapasiti Ahli Parlimen

-

MIRI: Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak memilih Datuk Sebastian Ting sebagai calon BN di Miri kerana beliau tahu kapasiti sebagai Ahli Parlimen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Ting dipilih kerana pengalaman luas beliau dalam hal-hal pentadbira­n negeri dan negara.

“Sebastian berpengala­man. Dia setiausaha politik Tan Sri Peter Chin. Dia kenal cara mentadbir negeri dan negara.

“Sebab itu kita memilih Sebastian Ting. Sebastian pun tahu kapasiti. Kalau menang, dia boleh tolong kita, kawasan Miri,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Blok Pentadbira­n Baharu SM Pei Min semalam.

Beliau yang juga pengerusi BN Sarawak tidak mahu penduduk Miri memilih Ahli Parlimen yang tidak mampu bersuara di Dewan Rakyat.

“Kalau kita ada MP yang tidak cakap, apa mahu buat, dia tidak cakap. Bukan Ba- risan (BN) protes, PKR (Parti Keadilan Rakyat) pun protes. Orang sendiri protes,” katanya.

Abang Johari berkata, kemenangan BN di Miri membantu BN membangunk­an potensi Miri khasnya dalam industri pelanconga­n sekali gus ‘A Greater Miri’ (Miri Yang Lebih Hebat).

Kedudukan Miri yang strategik di tengah antara Baram dan Sibuti merupakan laluan masuk untuk membangunk­an ekopelanco­ngan di tiga kawasan ini.

Antara tarikan utama adalah Tapak Warisan Dunia Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah.

“Sekarang kita sedang bina jambatan di Marudi untuk hubungkan dengan Miri.

“Kita juga bina jalan dari Marudi ke Long Terawan ke Mulu,” katanya.

Abang Johari berharap dengan adanya hubungan jalan darat yang baik antara Miri, Marudi dan Mulu akan menggalak kunjungan lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia