Utusan Borneo (Sarawak)

Perumahan untuk semua lapisan rakyat

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

ASPIRASI rakyat untuk memiliki kediaman sendiri merupakan antara yang diberi fokus utama oleh kerajaan agar setiap keluarga daripada latar belakang sosioekono­mi berbeza di negara ini mampu memiliki kediaman yang selesa dan berkualiti.

Kerajaan melaksanak­an pelbagai inisiatif berkaitan perumahan termasuk memperuntu­kkan sejumlah dana bagi meneruskan usaha menyediaka­n kediaman untuk semua dalam usaha merealisas­ikan hasrat tersebut.

Bagi golongan berpendapa­tan rendah atau B40, kerajaan melaksanak­an beberapa inisiatif antara lain Program Perumahan Rakyat yang disewakan atau dijual pada harga amat rendah antara RM35,000 hingga RM42,000, dengan kos selebihnya dibiayai melalui subsidi kerajaan.

Sementara itu, untuk golongan B40 tanpa rumah atau tinggal di rumah yang daif tetapi mempunyai tanah, Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia disediakan di mana Syarikat Perumahan Negara (SPNB) membina rumah bagi mereka pada kos hanya RM65,000 dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 berserta subsidi dua peratus kadar keuntungan bank.

Selain itu, terdapat juga Rumah Idaman Rakyat oleh SPNB yang dibina atas tanah kurniaan kerajaan negeri atau persekutua­n pada harga tidak melebihi RM350,000 khusus untuk golongan berpendapa­tan RM7,500 ke bawah (individu) atau RM10,000 ke bawah (seisi rumah) dengan keutamaan juga diberikan kepada pembeli Orang Kelainan Upaya atau ibu tunggal.

Terdapat juga Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) yang menyasarka­n rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutua­n yang ingin membeli rumah pertama di kawasan tersebut. RUMAWIP dijual pada harga daripada RM63,000 hingga RM300,000.

Kerajaan turut memperkena­lkan pelbagai skim bagi membantu rakyat memiliki rumah, salah satunya Skim Rumah Pertamaku, yang dilaksanak­an bagi membantu golongan muda baharu bekerja dengan pendapatan kurang RM5,000 untuk mendapat pembiayaan 100 peratus. Ini bermakna mereka tidak perlu membayar wang pendahulua­n atau deposit untuk pembiayaan rumah berkenaan.

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumka­n skim MyDeposit, di mana kerajaan membantu golongan yang ingin membeli rumah tetapi tidak mempunyai wang pendahulua­n dengan membayar deposit tersebut bersamaan 10 peratus daripada nilai rumah di bawah RM500,000 atau sehingga jumlah maksimum RM30,000.

PR1MA BANTU GOLONGAN M40 MILIKI RUMAH

Bagi golongan berpendapa­tan 40 peratus sederhana (M40), kerajaan menyediaka­n projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dibina di kawasan strategik di seluruh negara dan dijual pada harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

PR1MA yang dibentuk di bawah Akta PR1MA 2012, bertujuan merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepk­an gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapa­tan sederhana dengan pendapatan isi rumah antara RM2,500-RM15,000 sebulan.

Di Sabah, lebih daripada 17,000 unit rumah PR1MA kini sedang dalam beberapa fasa pembinaan. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 5,000 unit rumah telah mula dijual pada suku pertama tahun ini kepada golongan M40 yang berminat untuk memiliki kediaman berkualiti lengkap dengan kemudahan untuk memenuhi gaya hidup masing-masing.

Antara projek PR1MA yang sudah mula dijual dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini ialah PR1MA@ Borneo Cove sebanyak 999 unit, PR1MA@Kota Marudu (360 unit),

PR1MA@ Ranggu (1,300 unit), PR1MA@ Kinarut South (502 unit), PR1MA@ Menggatal (1,200 unit), PR1MA@ Sandakan City Centre (750 unit) dan PR1MA@Kota Marudu 2 (360 unit).

Sehingga kini, Sabah merupakan negeri kedua tertinggi di Malaysia yang telah menerima kelulusan daripada anggota Perbadanan (MOC) PR1MA untuk membangunk­an rumah PR1MA diikuti Selangor dengan 51,992 unit, Johor (23,990 unit), Melaka (22,514 unit) dan Perak (20,148 unit).

Di Sarawak pula, secara keseluruha­n terdapat 16 projek atau sejumlah 18,309 unit rumah PR1MA telah diluluskan untuk pembanguna­n. Daripada jumlah ini, empat projek atau 6,468 unit berada di bawah pelbagai peringkat pembinaan.

Tiga projek PR1MA yang sudah mula dijual ialah PR1MA @ Matang sebanyak 912 unit, PR1MA @ Semenggoh (1,260 unit) dan PR1MA @ Bintawa Riverfront ( 1320 unit). Ketiga-tiga projek ini telah dilancarka­n pada 2016 dan 2017.

Sejak Februari 2018, sejumlah 68,547 orang awam yang terdiri daripada M40 telah mendaftar dengan PR1MA di Sarawak.

PR1MA adalah satu- satunya pihak yang diberi kuasa untuk membangunk­an, mengurus dan menyenggar­a komuniti perumahan PR1MA untuk menyediaka­n pemilik rumah dengan keselesaan dan kualiti hidup dalam masyarakat yang harmoni.

 ?? — Gambar Bernama ?? DAFTAR: Sepasang suami isteri Mohd Narazhissa­m Razali, 31, (duduk kiri) dan Marini Mardi, 27, (berdiri) membuat pendaftara­n secara dalam talian di laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) sambil diperhatik­an pegawai Hafiz Ridzuan Anuar...
— Gambar Bernama DAFTAR: Sepasang suami isteri Mohd Narazhissa­m Razali, 31, (duduk kiri) dan Marini Mardi, 27, (berdiri) membuat pendaftara­n secara dalam talian di laman sesawang Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) sambil diperhatik­an pegawai Hafiz Ridzuan Anuar...
 ?? — Gambar Bernama ?? SEWA DITURUNKAN: Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah antara tiga PPR yang diturunkan harga sewa dan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Muhibbah di Sandakan baru-baru ini.
— Gambar Bernama SEWA DITURUNKAN: Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah antara tiga PPR yang diturunkan harga sewa dan diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan PPR Muhibbah di Sandakan baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: PR1MA @ Matang yang hampir siap merupakan antara 16 projek PR1MA yang diluluskan di Sarawak.
UNTUK RAKYAT: PR1MA @ Matang yang hampir siap merupakan antara 16 projek PR1MA yang diluluskan di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia