Utusan Borneo (Sarawak)

RM300 juta untuk Parlimen Baram bukti keprihatin­an BN

-

MARUDI: Peruntukan RM300 juta yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Baram dalam tempoh dua tahun membuktika­n kerajaan amat mengambil berat terhadap pembanguna­n di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, peruntukan yang diluluskan untuk beberapa projek itu secara tidak langsung akan mengubah landskap Baram pada masa depan.

Antara projek yang diluluskan ialah Jambatan Long Lama bernilai RM70 juta, Tebingan Marudi (23 juta), benteng hakisan Sungai Baram (RM8 juta) Jambatan Marudi (RM84 juta) dan Jalan Marudi (RM77.4juta).

“Semasa lawatan saya ke sini tidak lama dulu, banyak permintaan daripada penduduk di Lubok Nibong untuk bekalan air bersih.

“Justeru saya umumkan projek bekalan air tersebut telah diluluskan dengan anggaran RM42 juta,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Michael Selengkor di Sungai Brit dekat sini, kelmarin.

Projek itu dijangka bermula tahun ini dan memberi manfaat kepada lebih 30 rumah panjang dan tujuh sekolah di kawasan Lubok Nibong di bawah konstituen­si Mulu.

Gerawat menambah, banyak pembanguna­n berjaya dilaksanak­an di kawasan Baram di bawah Pasukan Baram yang dibentuk beliau, Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Marudi merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan penyandang kerusi Parlimen Baram Anyi Ngau semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Baram.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di Lubok Nibong khususnya masyarakat Iban terus menyokong Anyi dan Pasukan Baram yang telah terbukti komited dalam membangunk­an Parlimen Baram yang begitu besar.

“Kita memerlukan lebih banyak peruntukan daripada persekutua­n, justeru Parlimen Baram perlu ada dalam kabinet dan ini hanya dapat dicapai melalui Anyi.

“Kami dalam Pasukan Baram termasuk saya, Anyi, Penguang dan Dennis mempunyai matlamat yang sama untuk meningkatk­an hidup rakyat Baram dan pada masa yang sama mengubah wajah pembanguna­n di sini,” katanya.

Penguang dan Anyi dalam ucapan turut menggesa pengundi Iban agar menunjukka­n kesetiaan dan sokongan kepada BN dengan menyumbang majoriti yang besar pada 9 Mei nanti.

“Berdasarka­n kempen dalam tempoh beberapa hari ini, saya sangat yakin Anyi akan menang di Baram,” kata Penguang.

Penguang turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada Biro Wanita Rumah Lansam Sungai Dabai (RM5,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Brit (RM5,000), Tabika KEMAS Sungai Brit (RM5,000), Biro Wanita Rumah Michael Selengkor (RM5,000), PIBG SK Lubok Nibong (RM5,000) dan RM20,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Michael Selengkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia