Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruk­tur merangkumi pembinaan jalan, jambatan

- Oleh Kepu Sidi

JULAU: Sejumlah RM139.3 juta peruntukan diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk merancakka­n aktiviti pembanguna­n di Parlimen Julau semalam.

Abang Johari berkata, peruntukan tersebut adalah untuk membina dan menaik taraf kemudahan infrastruk­tur di kawasan terbabit merangkumi pembinaan jalan dan jambatan.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM10 juta untuk pembinaan Sungai Kanowit di Kubu Brooke- Sungai Meluan menghubung­kan 13 rumah panjang dan tiga sekolah, RM21 juta pembinaan jalan Rumah Kedit Sungai Buloh- SK Hulu Entabai, Kemalih Julau dan RM40.3 juta menaik taraf Jalan Pakan dan RM18 juta untuk jalan Rumah Wilfred Uli ke Hulu Dayu, Pakan.

“Bagi memastikan kemudahan telekomuni­kasi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, sejumlah RM50 juta diperuntuk­kan bagi membina menara telekomuni­kasi,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Matthew Jana, Batu Matup di sini semalam.

Turut hadir calon BN Julau Datuk Joseph Salang, Pemanca Datuk Janggu Banyang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat, ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang dan Tuai Rumah Matthew Jana.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM10 juta untuk pembinaan Sungai Kanowit di Kubu Brooke-Sungai Meluan menghubung­kan 13 rumah panjang dan tiga sekolah, RM21 juta pembinaan jalan Rumah Kedit Sungai Buloh-SK Hulu Entabai, Kemalih Julau dan RM40.3 juta menaik taraf Jalan Pakan dan RM18 juta untuk jalan Rumah Wilfred Uli ke Hulu Dayu, Pakan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Menurut Abang Johari, calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini tidak diterima masuk Barisan Nasional (BN) walaupun mereka menang.

Katanya, itu adalah prinsip BN.

“Sekali anda berada dalam BN, anda berada dalam BN. BN mempunyai disiplin.

“Sekiranya anda (merujuk kepada calon bebas) menang, anda masih berada di luar.

“Saya serius mengenai perkara ini dan saya tidak bertolak ansur, BN adalah BN.

“Itulah sebabnya saya memberi sokongan apabila Parti Rakyat Sarawak (PRS) menggantik­an dua bekas MP mereka.

“Saya menyokong pencalo- nan baharu, Rita Insol dan Robert Pasang Alam kerana kita tidak mahu BN dipecah,” katanya.

 ??  ?? TERTARIK: Abang Johari menyaksika­n persembaha­n gendang pampat penduduk tempatan mengalu-alukan kehadirann­ya pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Matthew Jana, Batu Matup di Julau semalam.
TERTARIK: Abang Johari menyaksika­n persembaha­n gendang pampat penduduk tempatan mengalu-alukan kehadirann­ya pada Majlis Bersama Rakyat di Rumah Matthew Jana, Batu Matup di Julau semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia