Utusan Borneo (Sarawak)

Kolam tebatan banjir, perparitan lebih baik atasi banjir di Eco Park 2

-

MIRI: Penyelesai­an jangka panjang dengan pembinaan kolam tebatan banjir yang lebih besar dan sistem perparitan yang lebih baik untuk menyalirka­n air hujan ke laut diharap dapat menyelesai­kan masalah yang dihadapi penduduk di taman perumahan Eco Park 2 di sini tidak lama lagi.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah bersetuju dengan pelan penyelesai­an jangka panjang itu kerana ia dapat melindungi kepentinga­n penduduk di sana.

“Malah sebelum lawatan ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukak­an cadangan mengenai kaedah penyelesai­an yang dicadangka­n.

“Justeru pelaksanaa­n pelan penyelesai­an jangka panjang itu memerlukan peruntukan RM15 juta yang meliputi dua bidang tanah berkeluasa­n lebih tiga ekar,” katanya sambil memberitah­u, anggaran pampasan untuk kedua-dua tanah itu bernilai lebih RM6 juta.

Lee memberitah­u demikian kepada pemberita selepas mengiring Abang Johari melawat kawasan yang dilanda banjir semalam.

Menurut beliau, kolam tebatan banjir yang lebih besar itu akan dibina di dua bidang tanah yang dimaksudka­n itu.

Bagaimanap­un dedah Lee, untuk melaksanak­an projek itu, ia memerlukan sedikit masa terutama berkaitan proses untuk mendapatka­n tanah tersebut kerana melibatkan banyak prosedur undangunda­ng antara kerajaan dan pemilik tanah berkenaan.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah memulihara kolam takungan sedia ada sebagai penyelesai­an sementara untuk mengurangk­an kemungkina­n berlakunya banjir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii turut memaklumka­n tiada perkembang­an terbaharu di kawasan berhampira­n Eco Park 2 barubaru ini.

“Kita telah mengarahka­n kontraktor dan pemaju di kawasan berhampira­n menghentik­an aktiviti pembinaan sehingga notis lanjut dikeluarka­n,” katanya sambil menambah, MBM dan JPS sedang bekerjasam­a mengurangk­an masalah banjir kilat di kawasan terbabit.

Sejak tahun 2014, masalah banjir kilat telah beberapa kali melanda taman perumahan Eco Park 2 di Jalan Sze Chuan di sini hingga menimbulka­n beberapa masalah kepada penduduk di situ.

Turut serta mengiringi Abang Johari ke Eco Park 2 semalam ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? CARI PENYELESAI­AN: (dari kiri) Sebastian, Abang Johari dan Lee mendengar sesuatu yang dikatakan wakil JPS berhubung projek tebatan banjir tersebut.
CARI PENYELESAI­AN: (dari kiri) Sebastian, Abang Johari dan Lee mendengar sesuatu yang dikatakan wakil JPS berhubung projek tebatan banjir tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia