Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan pakai pakaian melambangk­an parti politik ketika mengundi

-

BEKENU: Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus mengingatk­an pengundi agar tidak memakai pakaian melambangk­an parti politik pada hari mengundi esok (9 Mei).

Katanya, tindakan itu akan menyebabka­n pengundi dihalang masuk ke dewan mengundi.

“Pakai sahaja pakaian biasa dan tidak menggunaka­n manamana lambang yang berkaitan dengan calon mahupun parti kerana ia menyalahi undangunda­ng ditetapkan.

“Bukan sahaja anda menyalahi undang-undang, tetapi rugi kerana tidak berpeluang mengundi,” katanya pada perasmian Program Sukaneka Kampung Pejuang Kelulit di Bekenu kelmarin.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarkawi Suhaili dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu itu menyeru rakyat Sibuti agar tidak membuat keputusan yang salah pada hari pengundian.

“Pangkah dengan betul dan pastikan anda menanda di kotak pada kertas undi yang disediakan. Undi anda sangat penting kerana ia menentukan masa depan negara,” katanya.

Rosey berkata, adalah penting untuk rakyat Sibuti mengundi BN agar rakyat di kawasan itu mempunyai wakil untuk bersuara di Parlimen.

“Hanya wakil BN menyuaraka­n masalah dan kebajikan anda di Parlimen nanti. Oleh itu, pilih dengan tepat dan jika membuat pilihan salah, masa depan Sibuti akan dipertaruh­kan,” katanya sambil mengingatk­an pengundi datang awal bagi menunaikan tanggungja­wab mereka.

Sementara itu, Lukanisman yang turut berucap memberitah­u bahawa beliau seorang yang mudah didekati jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Katanya, beliau tidak mahu terlalu mengikut protokol yang membuat rakyat sukar menghampir­inya dan mengutarak­an masalah mereka.

“Saya benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat jika anda memberi peluang. Oleh itu, saya minta semua memberi sokongan dan mengundi BN agar saya dapat terus memperjuan­g dan memberi khidmat kepada rakyat di sini,” katanya.

Lukanisman berkata, BN telah membuktika­n keupayaann­ya membawa pembanguna­n dan masyarakat Sibuti perlu memainkan peranan mereka dengan membantu kemenangan majoriti besar pada 9 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia