Utusan Borneo (Sarawak)

Apabila salah satu parti komponen membantah, calon itu tidak diterima sertai BN, kata Masing

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Adalah mustahil bagi calon bebas atau pembangkan­g yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyertai manamana parti komponen Barisan Nasional (BN).

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata apabila salah satu daripada parti komponen membantah maka calon tersebut tidak diterima masuk dalam BN.

Beliau berkata demikian ketika bertindak balas terhadap propaganda disebarkan calon bebas Parlimen Julau Larry Sng mendakwa dirinya akan menyertai BN sekiranya memenangi kerusi tersebut pada PRU14 nanti.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, beliau memperjela­s perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Jelas beliau, kedua-dua mereka bersetuju tidak menerima masuk calon bukan parti komponen BN ke dalam gabungan itu.

“Calon BN Parlimen Julau Datuk Joseph Salang adalah parti BN dan beliau tidak perlu memohon menyertai gabungan ini.

“Sekiranya beliau menang, boleh terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Minggan Noel, Nanga Sayong di sini kel- marin.

Salang dicalonkan semula mempertaha­n kerusi Parlimen Julau bagi penggal kelima ditentang calon bebas, Larry Sng berasal dari bandar Kapit pada pertem- bungan satu lawan satu.

Masing berkata, beliau mengenali Salang yang juga setiausaha agung PRS sejak 1983.

“Salang seorang individu ikhlas walaupun agak pen- diam. Jadi, berilah sokongan padu kepada beliau,” katanya.

Mengenai andaian ramai pihak bahawa Salang bakal dilantik sebagai menteri penuh sekiranya menang PRU14 ini, Masing berkata ia bergantung kepada rakyat di kawasan Julau.

“Jika anda mahu beliau menjadi menteri penuh kabinet persekutua­n nanti beri mandat besar,” jelasnya.

Katanya, sekiranya Salang hanya memperoleh­i majoriti kecil ini bermakna beliau tidak tidak mempunyai sokongan padu atau popular.

 ??  ?? SOKONG SALANG: Masing (empat kiri) mengangkat tangan sebagai sokongan kepada Salang (lima kiri) bagi mempertaha­n kerusi Parlimen Julau pada PRU14 ini.
SOKONG SALANG: Masing (empat kiri) mengangkat tangan sebagai sokongan kepada Salang (lima kiri) bagi mempertaha­n kerusi Parlimen Julau pada PRU14 ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia