Utusan Borneo (Sarawak)

Penyokong BN diingatkan tidak lupa keluar mengundi

-

KUCHING: Penyokong Barisan Nasional (BN) terutama mereka yang layak mengundi diingatkan supaya tidak lupa keluar mengundi pada Rabu ini, 9 Mei.

Calon BN Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata meskipun BN mampu menang di Petra Jaya tetapi penyokong BN tidak boleh terlalu selesa sehingga lupa untuk keluar mengundi.

“Sepanjang 10 hari berkempen ini, nampaknya masyarakat di Petra Jaya akan memberi kemenangan kepada BN.

“Tetapi kita tidak boleh terlalu selesa sehingga tidak turun mengundi pada hari pembuangan undi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ma- jlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Olympiad Sains dan Matematik Peringkat Negeri 2018 di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri di sini semalam.

Bagi memastikan kemenangan BN di Petra Jaya, Fadillah turut meminta jentera BN mengingatk­an pengundi di kawasan masing-masing akan tanggungja­wab mereka untuk mengundi.

BN katanya, memerlukan undi majoriti daripada pengundi untuk terus meneruskan pemerintah­an sedia ada.

Beliau juga mengingatk­an jentera BN untuk memantau di setiap kawasan di Petra Jaya dan kawasan-kawasan bagi mengekang sebarang helah saat akhir pihak lawan.

“Kita perlu ambil langkah berjaga- jaga dengan tipu muslihat yang mungkin akan dilaksanak­an oleh pihak lawan pada saat akhir menjelang hari pengundian 9 Mei.

“Ini termasuk mengedar perkara atau maklumat yang tidak berasas yang boleh membangkit­kan kemarahan pengundi kepada kerajaan BN,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN MESRA: Rosey (kanan) dan Lukanisman (kiri) mengadakan tinjauan mesra di Kampung Pejuang Kelulit pada program sukaneka di Bekenu semalam.
TINJAUAN MESRA: Rosey (kanan) dan Lukanisman (kiri) mengadakan tinjauan mesra di Kampung Pejuang Kelulit pada program sukaneka di Bekenu semalam.
 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia