Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan lupa tunai tanggungja­wab 9 Mei

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh mengingatk­an para pengundi agar menunaikan tanggungja­wab mereka pada hari pengundian 9 Mei ini.

Wong turut menyeru pengundi membuat pilihan bijak dengan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjamin kesinambun­gan pembanguna­n.

“Jangan mudah terpengaru­h dengan konflik dan masalah politik di Semenanjun­g Malaysia yang dibawa pembangkan­g ke sini sebagai bahan kempen mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Apa yang kita mahu adalah bersama-sama dengan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil balik hak-hak Sarawak untuk manfaat semua kaum di Sarawak.

“Justeru, berikan mandat pada kali ini kepada BN demi kepentinga­n rakyat” jelasnya pada Majlis Makan Tengah Hari Pemimpin Bersama Veteran Tentera anjuran Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua sekali lagi menyeru rakyat Sibu memberi peluang kepada calon BN Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong Kee Yew untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Andrew seorang calon pemimpin muda yang berka- liber, dinamik dan sedia berkhidmat untuk masyarakat. Andrew mempunyai perancanga­n pembanguna­n lima tahun untuk bandar Sibu menerusi Rancangan Sibu 1 (RS1).

“Saya berharap rakyat Sibu memberi peluang menentukan masa depan Sarawak terutama kepentinga­n rakyat. Keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungja­wab pada 9 Mei ini,” ujarnya.

Dalam ucapan aluannya, Presiden PVTMS Thomas Ling menyeru para veteran memberi sokongan penuh kepada calon BN Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong untuk menerajui pucuk pimpinan baharu bagi membawa lebih banyak kemajuan kepada pembanguna­n Sibu.

“Kerajaan sentiasa menjaga kebajikan para veteran. Marilah kita semua memberi kepercayaa­n dan peluang kepada Andrew pada PRU14 ini,” katanya.

“Kita berterima kasih kepada Dato Sri Wong Soon Koh juga kerana telah membantu menjayakan penganjura­n majlis makan malam sempena 150 tahun penubuhan Sarawak Rangers pada 9 April tahun lalu dan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,000.

Hadir sama Temenggung Stanley Geramong dan calon BN Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong Kee Yew.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Wong (kiri) menyampaik­an cek bantuan kepada John Jawang pada Majlis Makan Tengah Hari Pemimpin Bersama Veteran sambil diperhatik­an Ling (dua kiri) serta yang lain.
RINGANKAN BEBAN: Wong (kiri) menyampaik­an cek bantuan kepada John Jawang pada Majlis Makan Tengah Hari Pemimpin Bersama Veteran sambil diperhatik­an Ling (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia