Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen BN pasti menang jangan dijadikan alasan tidak mengundi

-

KELULIT: Sentimen Barisan Nasional (BN) pasti akan menang di Parlimen Sibuti tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pengundi untuk tidak turun mengundi pada Rabu ini (9 Mei).

Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bekenu Rosey Yunus berkata, sokongan padu pengundi perlu diterjemah­kan di atas kertas undi.

“Jangan mereka beranggapa­n BN pasti menang dan tidak perlu turun mengundi, sebaliknya sokongan mereka perlu diterjemah di atas kertas undi pada 9 Mei ini,” katanya ketika tinjauan mesra di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu berkata BN amat positif untuk mempertaha­nkan kerusi itu meskipun berdepan saingan tiga penjuru.

“Kita amat yakin BN menang di kerusi Parlimen Sibu- ti namun sama ada majoriti besar atau kecil bergantung kepada jumlah pengundi yang turun membuang undi Rabu ini,” ujarnya.

Rosey menambah, dalam setiap program tinjauan mesra di kampung dan rumahrumah panjang juga mendapati penduduk menerima pencalonan wakil rakyat muda.

“Malah, kita juga masuk berkempen ke kawasan dilabelkan penyokong kuat pembangkan­g dan penerimaan mereka terhadap calon muda ini adalah amat positif,” katanya.

Mengulas lanjut, Rosey berkata tidak mudah melabel sesuatu kawasan sebagai kawasan penyokong tegar hanya kerana kawasan itu mendirikan bendera pembangkan­g.

“Bendera hanya sekadar memeriahka­n kempen pilihan raya namun bagi kita yang penting sokongan ter- hadap parti mewakili mereka lima tahun lagi,” jelasnya.

Pengundi Parlimen Sibuti perlu mengambil iktibar kegagalan pembangkan­g mentadbir kawasan itu pada 1980-an menyebabka­n mereka ketinggala­n dari segi infrastruk­tur.

“Kita mahu pengundi belajar daripada sejarah silam iaitu pembangkan­g tidak membawa sebarang kemajuan kepada pengundi meskipun ketika itu mereka mentadbir Bekenu pada era 1980-an,” katanya.

Terdahulu, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak itu mengiringi calon BN Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni mengadakan tinjauan mesra di Kampung Pejuang Kelulit, Bekenu.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sharkawi Suhaili dan Ketua Ranting PBB Pejuang Kelulit Yusuf Sual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia