Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna logo SUPP, DAP disifatkan langgar peraturan pilihan raya

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Pengundi Cina di negeri ini tidak harus menjadikan kesilapan kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang lalu untuk terus menghukum parti itu, dengan kekal mengundi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian berkata apa yang harus dilihat oleh komuniti itu pada masa ini adalah kepimpinan baharu SUPP yang begitu komited memperjuan­gkan hak kaum itu, termasuk kepentinga­n Sarawak dalam Malaysia.

“Saya tidak tahu situasi s e m a s a k e p i m p i n a n terdahulu dan tidak dapat menjelaska­nnya, namun saya memohon maaf dengan apa yang sudah berlaku.

“Tetapi sekarang apa yang penting, kepimpinan saya adalah bersama BN Sarawak dan kami bersamasam­a dengan Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) akan memperjuan­gkan serta mengambil balik hak Sarawak dan apa yang salah akan kami perbetulka­n,” katanya pada sidang media di pusat operasinya di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Sim yang juga Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Stampin, mengingatk­an pengundi Cina agar tidak lagi terpengaru­h dengan strategi DAP yang sering mengaitkan kesilapan SUPP yang lalu, kerana mereka hanya mahu meraih simpati dan undi daripada komuniti berkenaan.

“Kami adalah barisan kepimpinan baharu SUPP dan kami akan membuat perkara yang betul. Saya tidak akan hilang dan lari, tetapi akan penuhi segala janji saya,” katanya.

Beliau menambah, SUPP kini juga telah merangka ‘ Blueprint’ khusus untuk memperjuan­gkan nasib komuniti Cina di negeri ini, yang antaranya berhubung isu penglibata­n orang Cina dalam perkhidmat­an awam Malaysia termasuk berkaitan kewarganeg­araan.

Bagaimanap­un, katanya semua itu hanya dapat dilakukan jika kaum Cina memberi mandat kepada SUPP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

J u s t e r u , b e l i a u menyeru pengundi Cina mengembali­kan sokongan kepada BN dengan mengundi calon-calon SUPP pada 9 Mei ini, bagi memberi mereka mandat untuk mewakili suara kaum Cina di peringkat persekutua­n.

“Kita sebagai rakyat Sarawak sepatutnya bersatu untuk memperjuan­gkan hak Sarawak dan kita tidak mahu hanya Bumiputera yang melakukann­ya, kita mahu orang Cina juga harus turut serta supaya Sarawak mempunyai suara yang kuat,” katanya. KUCHING: Perang sepanduk antara Parti Tindakan Demokratik ( DAP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus berlaku, dengan kali ini DAP pula yang menyalahgu­nakan logo SUPP di sepanduk mereka.

Justeru, tindakan itu telah dikutuk oleh Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dengan menyifatka­n DAP telah melanggar peraturan pilihan raya.

“DAP telah memasang begitu banyak sepanduk haram...saya tidak tahu apa nak kata.

“Kali ini, mereka memasang sepanduk menggunaka­n logo SUPP untuk mengeliruk­an rakyat dan memburukka­n kami,” katanya pada sidang media di pusat operasinya, di sini semalam.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Sarawak merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mendakwa SUPP telah memasang sepanduk dengan niat menyampaik­an manifesto PH yang salah, iaitu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Sepanduk itu yang menggunaka­n logo DAP, menyampaik­an mesej dalam bahasa Cina mengenai ‘Manifesto Pakatan Harapan: Hapus GST 6 peratus, melaksanak­an SST 16 peratus (Cukai Jualan dan Perkhidmat­an)’.

Bagaimanap­un, tertera di bawah sepanduk itu yang tertulis cetakan oleh SUPP di mana Chong yang juga calon DAP di Parlimen Stampin menyifatka­n ia sebagai taktik kotor yang dimainkan SUPP untuk mengeliruk­an pengundi.

Selain itu, Dr Sim yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Stampin turut menempelak sepanduk DAP yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Mereka (DAP) tidak boleh berbuat demikian kerana Najib dan Rosmah tidak bertanding di Stampin,” katanya.

 ??  ?? UNTUK CINA: Dr Sim menunjukka­n senarai ‘Blueprint’ SUPP khusus untuk kaum Cina bagi PRU14 pada sidang media di Kuching, semalam.
UNTUK CINA: Dr Sim menunjukka­n senarai ‘Blueprint’ SUPP khusus untuk kaum Cina bagi PRU14 pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia