Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Baram bakal menyaksika­n lebih banyak perubahan jika undi BN

-

LONG SERIDAN, BARAM: Rakyat Parlimen Baram bakal menyaksika­n lebih banyak perubahan di konstituen­si itu sekiranya mereka mengundi calon Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau pada 9 Mei ini.

A n t a r a p e r u b a h a n dijanjikan ialah lebih banyak kawasan rumah panjang terutama di konstituen­si Mulu termasuk rumah panjang Penan diterangi bekalan elektrik 24 jam menggunaka­n tenaga solar dan bekalan air bersih.

Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Mulu Datuk Gerawat Mulu berkata sebahagian rumah panjang sudah akses dengan bekalan elektrik menggunaka­n sistem solar, bekalan air bersih dan telekomuni­kasi manakala sebahagian lagi masih dalam senarai menunggu termasuk kawasan Penan.

“T e r d a p a t r a t u s a n kampung dalam senarai kita untuk projek solar dan bekalan air bersih termasuk Penan.

“Justeru, kita lakukan secara berperingk­at,” katanya semasa lawatan ke Long Seridan semalam.

Sehubungan itu, beliau berikrar memenuhi janji tersebut namun pada masa sama berharap penduduk di kawasan itu dapat bersabar.

Katanya kerajaan BN m e m p u n y a i b a n y a k perancanga­n termasuk Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) yang akan mengubah landskap pembanguna­n seluruh Baram.

“Ini termasuk menaik taraf dua jalan balak iaitu Lapok– Kilometer 10–Long Banga– Bario dan Long Lama-Long Bedian-Long Seridan hingga Long Luping di Lawas.

“Kedua laluan itu dalam perancanga­n sekiranya pelaksanaa­n HDA menjadi kenyataan.

“Ia sudah pasti merancakka­n ekonomi penduduk Baram dan membawa masuk lebih banyak infrastruk­tur,” kata Gerawat.

Justeru, beliau mahu rakyat Baram menzahirka­n sokongan terhadap semua projek pembanguna­n tersebut dengan mengundi BN pada 9 Mei ini.

Terdahulu, Gerawat diiringi isterinya Esther Mujan Balan dan Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Kaunselor Robert Ayu melawat komuniti di Long Lellang.

Di sana, beliau menggesa masyarakat Kelabit dan Penan mengekalka­n sokongan padu kepada BN.

“Jumlah Kelabit dan Penan di Mulu sangat kecil jika dibandingk­an kaum lain. Kaum Iban merupakan kaum paling ramai diikuti Kenyah, Kayan dan Berawan di Baram dan Tutoh namun peratusan mengundi BN pada Pilihan Raya Negeri lalu paling tinggi adalah kaum Kelabit dan Penan.

“Justeru, pelantikan saya sebagai timbalan speaker bukan kerana faktor individu tetapi sokongan kuat daripada konstituen­si saya,” katanya.

Hadir sama semasa program di Long Lellang ialah Penghulu Freddie Abun, Ketua Kampung Barauk Iboh dan beberapa ketua masyarakat dan ketua kampung kaum Kelabit dan Penan di Long Seridan. BARAM: Masyarakat Orang Ulu di kawasan Long Laput khususnya kaum Kayan diingatkan agar tidak menggadaik­an masa depan mereka dengan menyokong parti politik yang belum terbukti dapat membawa pembanguna­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod cemerlang lebih 60 tahun dan terbukti benarbenar menunaikan janji melalui pelaksanaa­n projek yang menguntung­kan rakyat di kawasan itu.

Berucap pada Program Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Bersamamu di Long Laput kelmarin Dennis berkata, justeru rakyat jangan terpedaya dengan helah parti pembangkan­g yang hanya pandai bercakap kosong setiap kali pilihan raya.

Dennis berkata, kuasa Pakatan Harapan (PH) umpama telur di hujung tanduk kerana mereka belum terbukti dapat membawa pembanguna­n dan kestabilan negara.

Ujar Dennis, beliau tidak pasti PH dapat memimpin, malah pengerusin­ya iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengetepik­an Baram semasa memerintah Malaysia selama 22 tahun.

“Beliau (Mahathir) amat jarang datang ke kawasan Baram, jika ada pun sekali dua, itu pun datang dengan tangan kosong.

“Ini amat berbeza dengan Perdana Menteri kita sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak yang begitu prihatin dengan rakyat Baram.

“Sepanjang sembilan tahun menjadi perdana menteri, sudah empat kali beliau datang ke Baram termasuk ke Long Laput dengan membawa buah tangan untuk rakyat Baram,” katanya.

Antara projek yang dilaksanak­an oleh Najib ialah pembinaan Jalan Lapok yang tidak diluluskan semasa era Dr Mahathir.

 ??  ?? SOKONG: Gerawat (lapan kanan) bersama penduduk Long Seridan menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan kepada BN.
SOKONG: Gerawat (lapan kanan) bersama penduduk Long Seridan menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan kepada BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia