Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak cuba calar reputasi BN akan diambil tindakan: Lee

-

MIRI: Pengarah Pilihan Raya SUPP Parlimen Miri Datuk Lee Kim Shin memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mencalar reputasi Barisan Nasional (BN) Sarawak menggunaka­n media sosial, pihaknya tidak teragak- agak mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis agar perkara itu disiasat.

M e n t e r i M u d a Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu memberitah­u bahawa satu laporan polis sudah dibuat berhubung isu cuba merosakkan reputasi SUPP dan BN.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, Lee mendedahka­n sukarelawa­n mereka telah didekati orang awam bertanyaka­n mengenai gambar dikongsi dan tular di media sosial mendakwa BN mengedarka­n wang sebagai ganjaran kepada mereka.

G a m b a r t e r s e b u t menunjukka­n wang kertas RM20 dikepilkan bersama ‘risalah BN’ menjadi tular di media sosial sehingga orang awam bertanya mengenainy­a.

“Saya menegaskan di sini bahawa ini adalah taktik digunakan penyokong pembangkan­g berniat mahu mencalar dan merosakkan imej dan reputasi BN.

“S e d a n g k a n k a m i sebenarnya tidak pernah memberi wang kepada orang awam dan perkara-perkara dikongsika­n di laman sosial hanya salah satu senario sengaja diwujudkan pembangkan­g dalam tempoh berkempen seperti ini,” jelasnya.

Lee turut mendedahka­n pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) 2016 lalu, orang awam juga cuba menghantar surat layang kepada beliau menggunaka­n taktik sama.

“Saya diberitahu ada seseorang berdiri di hadapan poster saya dan mengambil gambar dengan wang kertas RM50 dikeluarka­n dari poketnya sendiri.

“Kemudian berkongsi status di media sosial kononnya, dia mendapat duit daripada saya. Selepas laporan polis dibuat terhadapny­a, lelaki itu kemudian memadamkan statusnya dan saya percaya dia berbuat demikian kerana rasa bersalah,” katanya.

Justeru, Lee berharap manamana pihak cuba dengan sengaja mahu merosakkan imej parti lawan agar menghentik­an segera perbuatan mereka atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

 ??  ?? PALSU: Lee menunjukka­n gambar tular di media sosial dan laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun yang memuat naik gambar tersebut dan status mengenai dakwaan cuba memburukka­n BN.
PALSU: Lee menunjukka­n gambar tular di media sosial dan laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun yang memuat naik gambar tersebut dan status mengenai dakwaan cuba memburukka­n BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia