Utusan Borneo (Sarawak)

BN Limbang perlu kerja keras jika mahu raih majoriti 10,000 undi

-

LIMBANG: Barisan Nasional (BN) di daerah ini perlu bekerja keras jika ingin mencapai sasaran memperoleh majoriti 10,000 undi pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

BN Limbang berdepan tanggungja­wab besar untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen Limbang sebagai deposit kuat BN walaupun ditentang satu lawan satu oleh Dr Ricardo Yampil Baba daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Meskipun menang dengan majoriti 8,301 undi pada PRU13, BN Limbang kali ini ingin mengulangi kemenangan besar dari segi undi, sekali gus membuktika­n rakyat Sarawak masih berdiri teguh di belakang kerajaan BN.

Di pihak PKR Limbang, strategi kempen disusun lebih awal dengan meletakkan bahan kempen termasuk bendera berlogo PKR dua hari lebih awal daripada BN.

Menurut Dr Ricardo, bagi mendekati pengundi risalah mengandung­i senarai tawaran dan harapan baharu diagih kepada rakyat di pelosok kawasan.

“Selain memfokus kepada kempen di luar bandar, kempen di bandar turut dipergiat dengan program santai dan sesi ceramah daripada ahli jawatankua­sa Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bangi Dr Azita Amrin,” katanya kelmarin.

Beliau menyasarka­n kehadiran sekitar 200 orang pada sesi ceramah malam kelmarin.

Usaha ini katanya, dilakukan untuk mencapai sasaran majoriti 2,000 undi memihak kepada PKR.

Seorang peniaga dari Jalan Buangsiul yang hanya dikenali sebagai Gap 62, berkata, BN berdepan persaingan sengit PKR daripada aspek penambahan majoriti 10,000 undi pada 9 Mei ini.

“Kita menjangkak­an BN akan memenangi PRU14 bagi kerusi Parlimen Limbang.

“Namun mereka berusaha lebih keras lagi untuk memperoleh­i majoriti undi yang disasarkan,” ujarnya.

Kata beliau PKR turut membawa isu yang membelengg­u rakyat seperti GST, kesesakan trafik di Limbang, ketiadaan parkir dan isu tempatan untuk memancing undi.

Seorang lagi penduduk Aren, 46, dari Medamit berkata, BN boleh mengulangi kemenangan sama pada PRU13denga­njumlahmaj­oriti undi di bawah 10,000.

“Tempoh berkempen yang memasuki sembilan hari perlu terus dimanfaatk­an jentera komponen BN untuk mendekati pengundi di kawasan bandar dan pedalaman,” katanya.

 ??  ?? DR RICARDO
DR RICARDO
 ??  ?? HASBI HASBOLLAH
HASBI HASBOLLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia