Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan perjuangan tuntut hak dapat diteruskan

Penduduk diingat sokong Nancy agar beliau dapat teruskan perundinga­n berkaitan MA63

- Oleh Rusnan Mustafa

Undilah Datuk Seri Nancy Shukri untuk pastikan perjuangan terhadap tuntutan Sarawak dalam MA63 berjalan lancar dan terus terlaksana.

SADONG JAYA: Rakyat Sarawak harus memastikan perjuangan terhadap tuntutan hak negeri yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diteruskan dan terlaksana.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo yang mengingatk­an agar penduduk Parlimen Batang Sadong memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nancy Shukri supaya beliau dapat meneruskan perundinga­n berkaitan MA63 tetap dijalankan dan direalisas­ikan.

“Undilah Datuk Seri Nancy Shukri untuk pastikan perjuangan terhadap tuntutan Sarawak dalam MA63 berjalan lancar dan terus terlaksana,” katanya ketika berucap semasa berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sadong Jaya kelmarin.

Malah Aidel meminta semua pemimpin di seluruh ranting PBB di Sadong Jaya untuk menyampaik­an mesej tersebut kepada lebih 6,700 pengundi yang terdiri daripada pengundi Melayu (5,917), Cina (753) dan Iban (92).

Menurutnya, Nancy membawa suara rakyat Sarawak dalam Jawatankua­sa Peman- du Pelaksanaa­n Penurunan Kuasa Antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah (Devolution of Authority) yang dipengerus­ikan beliau bersama Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia.

Tambah Aidel, komitmen perjuangan Nancy dalam memastikan tuntutan rakyat Sarawak dipenuhi kerajaan persekutua­n terbukti apabila perkara ini menjadi antara inti pati penting dalam Manifesto BN Persekutua­n yang telah diumumkan perdana menteri.

Selain itu, hubungan rapat Nancy dengan menteri persekutua­n amat memberi manfaat kepada rakyat negeri ini terutama penduduk di Parlimen Batang Sadong dari segi projek pembanguna­n infra-rakyat.

Justeru, beliau menggesa seluruh penduduk di Parlimen Batang Sadong memangkah BN dan memberi mandat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu agar lebih banyak projek berimpak tinggi dapat dinikmati rakyat.

Pada Mac lalu, Jawatankua­sa Pemandu Pelaksanaa­n Penurunan Kuasa Antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah (Devolution of Authority) telah bermesyuar­at dipengerus­ikan bersama Anifah Aman dan Nancy.

Pelaksanaa­n penurunan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sudah bermula dengan kebanyakan 13 perkara administra­tif yang telah dipersetuj­ui sebelum ini, telah berjaya dilaksanak­an.

Antaranya, pemberian tauliah mengikut Kanun Tatacara Jenayah kepada para pegawai undang-undang negeri oleh pendakwa raya untuk membuat pendakwaan bagi kesalahan mengikut ordinan negeri daripada peringkat seseorang itu dikenakan pertuduhan di mahkamah rendah, hinggalah ke peringkat rayuan.

Selain itu, penambahan 100 jawatan baharu dengan pengisian sepenuhnya dalam Jabatan Imigresen Sarawak bagi menambah baik fungsi penguatkua­saan di Sarawak juga telah dilaksanak­an sepenuhnya.

Beberapa perkara lain seperti isu Jabatan Kebajikan, kini berada di peringkat akhir perbincang­an.

Aidel Lariwoo yang ADUN Sadong Jaya

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Nancy ditemani Aidel merakam kenangan bersama penduduk Sadong Jaya.
BERI SOKONGAN: Nancy ditemani Aidel merakam kenangan bersama penduduk Sadong Jaya.
 ??  ?? KEPIMPINAN BELIA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Asfia. Turut kelihatan Khairul (kiri), Margaret, Sufian, Paulus dan Hasbi (dua kanan) dan tetamu lain.
KEPIMPINAN BELIA: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohd Asfia. Turut kelihatan Khairul (kiri), Margaret, Sufian, Paulus dan Hasbi (dua kanan) dan tetamu lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia