Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi di Sarawak diingatkan undi BN untuk kembali berkuasa

-

MIRI: Pengundi di Sarawak diingatkan mengundi Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa pada 9 Mei ini adalah jauh lebih baik terutama untuk rakyat di negeri ini selain memastikan kestabilan dan keharmonia­n politik diteruskan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata antara faedah kemenangan adalah keupayaan menyatukan kuasa rakyat Sarawak termasuk hak autonomi ke atas tanah dan imigresen.

“Kita masih mempunyai kawalan ke atas hak imigresen yang tidak dapat dihapuskan kecuali ada persetujua­n daripada kerajaan negeri.

Oleh itu, Sarawak boleh menghalang unsur- unsur tidak baik daripada memasuki negeri ini atau mengurangk­an jumlah mereka dari Semenanjun­g Malaysia datang bekerja ke Sarawak supaya lebih banyak pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Justeru, pengundi harus memastikan bahawa mereka mengundi parti berpangkal­an di Sarawak - BN Sarawak yang akan terus menjaga dan memperjuan­g lebih banyak hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk dikembalik­an kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) di Emart Riam di sini petang Sabtu lalu.

Hadir sama Pegawai KEMAS Bahagian Miri Eric Gray.

Dalam pada itu, Lee memuji KEMAS kerana berjaya menganjurk­an majlis seumpama yang mampu menghimpun­kan orang ramai.

“Selain karnival seperti ini, KEMAS juga harus menganjurk­an lebih banyak program untuk golongan sasar terutama bagi memperkasa wanita agar dapat memperoleh­i lebih banyak kemahiran untuk meningkatk­an sumber pendapatan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Lee dan Eric bersama menyampaik­an hadiah kepada pemenang pelbagai pertanding­an dan cabutan bertuah.

Antara pertanding­an diadakan seperti mewarna, meniup belon, suami solek isteri dan menganyam sarung ketupat dan banyak lagi.

Turut diadakan demonstras­i masakan dan pembuatan kraf tangan selain gerai pameran dan jualan pelbagai barangan dan promosi produk serta perkhidmat­an agensi swasta.

 ??  ?? TAHNIAH: (Barisan belakang, dari enam kiri) Lee dan Eric bersama pemenang pelbagai pertanding­an dan cabutan bertuah di Miri Sabtu lalu.
TAHNIAH: (Barisan belakang, dari enam kiri) Lee dan Eric bersama pemenang pelbagai pertanding­an dan cabutan bertuah di Miri Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia