Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan Hasbi sebagai calon Parlimen Limbang bertepatan

-

LIMBANG: Pemilihan Hasbi Habibollah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini amat bertepatan kerana kekuatanny­a sebagai ‘ ayam sabung’ Limbang, pemimpin senior dan berpengala­man dalam politik.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata Hasbi bukan pemimpin yang baharu tetapi sudah memimpin daerah ini selama dua penggal.

“Mengapa BN ketengahka­n Hasbi adalah kerana Limbang mesti diwakili pemimpin senior (kanan) dan menerajui kepimpinan daerah ini sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal.

“Kita bukan memilih calon hingusan (muda), tidak berkuku dan tidak berpengala­man,” katanya pada Karnival Belia Peringkat Daerah Limbang dan KEMAS 4U di Lot 777 di sini kelmarin.

Turut sama Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Khairul Amree Abdul Rahman dan Pegawai Belia dan Sukan Limbang Margaret Sawing.

Mohd Asfia berkata, hanya calon berkeupaya­an dan tahu selok-belok politik di kawasannya mampu mentadbir kawasan dengan baik dan cemerlang.

Katanya rakyat perlu menolak pemimpin baharu setahun jagung dalam arena politik dan kurang dikenali.

“Kita yakin Hasbi sudah mewakili Limbang dua penggal mampu meneruskan kepimpinan terbaik untuk rakyat di kawasannya,” jelas beliau.

Asfia menambah, BN Sarawak mempunyai perancanga­n dalam membangunk­an daerah Limbang dan Lawas.

Katanya golongan belia hari ini akan menentukan masa depan negara pada masa akan datang.

“Kalau hendak tahu rupa negeri dan negara hendak dibentuk adalah terletak pada wajah muda-mudi hari ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk zumba, senamrobik, street soccer, Mr Badang SeBorneo, pertanding­an parang dan pebagai aktiviti lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia